Pemakaian baju Raya sedondon mengikut tema pilihan keluarga sudah menjadi satu tradisi setiap kali menjelang hari Raya. Ia bukan sekadar untuk memupuk semangat kekeluargaan dan mengeratkan silaturrahim, malah akan menjadi penyeri suasana di pagi hari Aidilfitri.
Kehadiran media sosial seperti Instagram, TikTok dan Facebook kini menjadi medium setiap keluarga merakam momen indah bersama sanak saudara yang lain. Lagu-lagu trending dan transition pula menjadi pilihan utama ramai remaja untuk berkongsi konten tentang busana Aidilfitri bersama rakan-rakan atas talian.
Di Bulan Bintang, koleksi Raya sedondon sememangnya menjadi kegemaran pelanggan terutamanya suami isteri dan ibu bapa. Ada yang gemarkan warna bold, pastel mahupun jenis printed.
Baju Raya sedondon Bulan Bintang tahun 2023 terdiri daripada 68 rekaan dengan 72 warna pilihan eksklusif. Setiap koleksi didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz bermula dari umur 0-1 tahun sehingga 5XL.
Berikut kami kongsikan antara warna-warna ‘hot’ yang menjadi pilihan untuk tahun 2023!
1. Fuschia Pink
Satu keluarga boleh #RayaMacamStar dengan Bulan Bintang!
2. Tea Green
Koleksi Raya sedondon Bulan Bintang sangat sesuai untuk semua peringkat
umur bermula dari umur 0-1 tahun sehingga 5XL
3. Ocean Blue
Para ibu boleh dapatkan pelbagai koleksi kids dari stokis dan
dropship yang sah ataupun boleh walk-in ke butik Bulan Bintang yang berdekatan
4. Pearl White
Koleksi kurung Sisters yang didatangkan khas untuk semua peringkat umur
5. Eggplant Purple
Daddy dengan little hero pun boleh pakai warna sedondon bersama-sama
6. Icy Blue
Warna Icy Blue yang menjadi penyeri Aidilfitri
Anda boleh dapatkan koleksi Raya sedondon Bulan Bintang di cawangan kedai fizikal kami iaitu di Bangi, Ukay Boulevard, Shah Alam, Johor Bahru, Kubang Kerian, Senawang, Kedah, Penang, Melaka, Kelantan dan Terengganu.
Anda juga boleh buat pembelian secara atas talian dengan menekan pautan di bawah.