Cara Pakai Sampin: Pelengkap Baju Melayu di Pagi Syawal

cara pakai sampin

Dengan semakin dekat tarikh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, terdapat pelbagai perkara yang kita perlu mengambil tahu seperti cara pakai sampin dengan betul.

Ini kerana pemakaian baju Melayu tidak akan lengkap jika tiada gandingan sampin yang dipakai dengan betul.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda semua tentang sampin seperti cara pakai sampin, jenis ikatan yang ada, dan juga cara memilih sampin untuk baju anda!

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat lanjut.

Maksud Di Sebalik Sampin

Sebelum kita belajar cara pakai sampin dengan betul, mari kita belajar dulu tentang sejarah aksesori tradisional ini.

Untuk pengetahuan anda, perkataan sampin ini berasal daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada waktu itu, hanya kerabat diraja sahaja yang memakainya di luar.

Ini kerana memakai sampin di luar pada zaman itu menunjukkan status mereka sebagai kerabat dan beza dari ahli masyarakat biasa.

Kini, semua orang dibenarkan memakai sampin atau kain dagang dengan betul mengikut kehendak masing-masing.

Namun,cara pemakaian sampin dapat melambangkan status si pemakai. 

Jika memakai sampin di bawah paras lutut, bermaksud si pemakai sudah berkahwin manakala jika dipakai di atas paras lutut bermaksud lelaki tersebut masih bujang.

Ramai masih mengamalkan konsep ini dan jangan terkejut jika ada orang tanya anda tentang status hidup!

Cara Pakai Sampin Dengan Betul

cara pakai sampin

Untuk memudahkan anda, kami akan menerangkan cara pakai sampin dengan betul dengan memecahkannya kepada tiga ikatan.

Berikut adalah cara dan ikatan yang anda boleh ikut:

  • Ikatan Sampin Pertama

Sarungkan kain sampin pada badan anda. Buka lembaran sampin dan pastikan tulang kain di tengah badan.

Kemudian, pastikan panjang sampin anda diatas perut dan labuhnya diatas lutut. Tarik sampin sehabisnya ke kanan anda.

Pegang dan tahan pada lipatan tersebut di kanan badan anda. Selepas itu, lipat sampin terus ke kiri badan, pastikan terletak di sisi kiri badan.

Kepala kain haruslah terletak tengah badan. Mulakan lipatan kecil dulu dan pastikan lipatan ini sekata dengan lipatan hadapan dan dari belakang juga.

Anda boleh buat lipatan besar supaya lebih selesa dan kemas untuk anda.  Pastikan lipatan ini nampak tenunan kain di bahagian dalam.

Anda juga perlu memastikan labuh sampin selepas lipatan tersebut berada sedikit atas perut dan atas dari paras lutut anda.

  • Ikatan Sampin Kedua

Kemudian bagi ikatan kedua pula, anda perlu memegang bahagian tengah dan kanan.

Bahagian kiri dan kanan dilipatkan ke tengah. Selepas itu, gulung lipatan itu sehingga ia berada di atas perut dan atas paras lutut. Anda boleh kemaskan di sini supaya tidak longgar.

  • Ikatan Sampin Ketiga

Sekarang adalah langkah ketiga dalam cara pakai sampin dengan betul. Lembarkan kain sampin pada badan anda. Tarik kain sehabisnya ke bahagian kanan.

Kemudian, anda boleh mula bentukkan ikatan corak bunga di bahagian tersebut.  Pastikan saiz corak tidak besar sehingga menutupi pinggang dan tidak kecil seperti punjut.

Akhir sekali, kemaskan pembentukan bunga di tepi bahagian kanan pinggang anda.

Jenis Ikatan Sampin

cara pakai sampin

Terdapat pelbagai jenis ikatan sampin yang anda boleh guna. Berikut adalah jenis ikatan sampin yang ada:

  • Ikatan Lingkup

Ikatan ini merupakan ikatan yang paling popular dan dipakai oleh ramai orang di Malaysia. Sampin ini perlu g digulung ke atas dan dilingkup ke bahagian depan atau bahagian sampin.

  • Ikatan Kembung

Bagi mereka yang buat pernikahan tradisional Melayu, ini merupakan ikatan sampin yang biasanya akan dipakai oleh kaum lelaki.

Kain sarung ditarik ke tengah atau tepi badan.  Kemudian, ia diikat dan disimpul dalam berbagai macam cara agar melekat di pinggang.

  • Ikatan Anak Raja Lima

Ikatan ini pula dikaitkan dengan cara anak raja atau kerabat namun disukai oleh ramai orang.

Anda perlu mengimbangkan kain pada bahagian tengah. Kemudian, susun dan lipat ke arah bawah dan kemaskan lapisan bertingkat. 

Selepas itu, anda boleh ambil bengkung dan kemaskini ikatan sampin pada bahagian pinggang supaya cara pakai sampin anda betul.

  • Ikatan Pancung

Ikatan ini sesuai bagi mereka yang menggunakan kain lepas.

Kain tersebut akan dililitkan di pinggang dan sebelum sampai ke hujung kain, kain ini “dipancung”.

Ini adalah apabila kain disemat sambil membiarkan hujung kain terkulai ke bawah. Ini membuatkan ia dinamakan ikatan pancung.

Cara Memilih Sampin Untuk Baju Melayu

Sebelum anda memilih sampin, anda perlu pertimbangkan beberapa perkara supaya anda dapat memilih sampin yang sesuai untuk anda.

Perkara pertama adalah warna. Anda disarankan untuk memilih warna cerah supaya senang untuk mencari baju yang sepadan.

Ini kerana jika anda memilih warna yang gelap, anda mungkin akan susah untuk mencari warna baju yang sesuai untuk dipakai bersamanya.

Perkara kedua adalah corak sampin. Pada zaman sekarang, terdapat pelbagai jenis corak dan ada corak yang terlalu kompleks dan terlebih-lebih.

Ini membuatkan sampin itu tidak cantik. Anda boleh mencari sampin bercorak bunga ringkas tetapi mempunyai motif tradisional.

Perkara terakhir adalah jenis ikatan yang anda mahu. Anda boleh memilih ikatan sebelum membeli sampin supaya anda mengikut cara pakai sampin dengan betul.

Ini kerana tidak semua kain sesuai untuk semua ikatan seperti yang kami terangkan tadi. Anda boleh tanya kedai untuk maklumat lebih lanjut.

Kesimpulannya, cara pemakaian sampin yang betul sangat penting untuk menyerlahkan penampilan si pemakai agak tampak kemas dan selesa.

Bagi mereka yang ini mencari baju melayu atau kurta yang menarik untuk dipakai pada pagi Syawal, anda boleh lihat koleksi Bulan Bintang!

cara pakai sampin

Kami mempunyai pelbagai pilihan untuk semua jenis orang. Antara produk kami adalah:

  • Baju Melayu Slim Fit
  • Kurta
  • Baju Melayu Tailored Fit
  • Baju Melayu Kanak-kanak

Terdapat juga pilihan kaum wanita dengan koleksi baju kurung kami. Jadikan sambutan Syawal anda pada tahun ini lebih bermakna dan meriah dengan baju raya Bulan Bintang

Mana tidaknya, sambutan Hari Raya Aidilfitri cuma sekali dalam setahun. Jadi, pastikan anda #rayamacamstar dan cipta kenangan Syawal yang baru pada kali ini. 
Jika anda berminat, anda boleh melayari Bulan Bintang HQ di sini untuk lihat katalog penuh.

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN BAJU RAYA BULAN BINTANG SEKARANG!