Kalau nak dibanding dengan jenis baju kurung dahulu dengan yang sekarang, banyak yang sudah berubah.
Baju kurung sudah berubah menjadi suatu pakaian tradisional yang hanya dipakai pada majlis keramaian dan majlis keagamaan kepada pakaian harian.
Dengan perubahan ini, banyak rekaan yang di-modern-kan, sekaligus menarik minat golongan muda membelinya dan memakainya tidak mengira majlis.
Close-Up Jenis Baju Kurung In-Trend 2024
1. Warna Terang dan Riang
Jika dahulu zaman baju kurung bertema pastel, tahun 2024 lain pula ceritanya.
Baju Kurung tahun ini digayakan dengan penuh ceria dan berani. Kalau dilihat ketika musim raya Aidilfitri, rata-rata memilih baju kurung tema terang, terutamanya biru elektrik.
Tak lupa juga orange brick dan kuning cerah – warna-warna utama yang mendapat perhatian warganet kerana warna yang agak janggal, tetapi akhirnya menjadi pilihan ramai.
2. Corak Printed dan Sulam Timbul
Dari corak floral hingga sulam timbul, yang sebenarnya trend corak lama telah dibawa kembali pada tahun 2024.
Corak floral cetak kecil menampakkan kecomelan si pemakai, point tambahan dek kerana efek muda juga ketika dipakai.
Corak bunga jenis besar juga kembali, tetapi lebih digemari and wanita sedikit berumur kerana efek matangnya.
Sulam timbul juga salah satu fokus fesyen baju kurung pilihan pada tahun 2024.
Kebanyakan rekaan sulam timbul tidak ketara beza warnanya dengan fabrik baju dan kain, sesuai untuk trend fesyen yang bertumpu pada tema minimalis dan monokrom.
3. Potongan Baju Melengkapi Pesona Pemakai
Designer Baju Kurung banyak bereksperimen dengan siluet moden dengan cara memberikan nilai kontemporari pada baju tradisional ini.
Garis labuh asimetri, pinggang peplum, dan reka bentuk luar bahu hanyalah sebahagian daripada butiran inovatif yang telah dimasukkan ke dalam Baju Kurung.
4. Fabrik Mewah
Elegan Baju Kurung ditambah lagi dengan penggunaan fabrik mewah, menaikkan lagi nilai pesona dan perhatian terhadap design Baju Kurung.
Antara fabrik menjadi tumpuan tahun 2024 adalah fabrik Korean Sheen Silk dan Viscose.
Fabrik jenis ini menghasilkan look glamour dan elegan.
5. Style Fusion
Baju Kurung juga merangkumi gaya gabungan, menggabungkan unsur-unsur daripada budaya dan trend fesyen lain.
Contohnya, anda mungkin melihat Baju Kurung dengan butiran berinspirasikan Barat seperti ruffles atau renda.
Kombinasi sebegini juga tidak terlepas dengan rekaan fusion dari negara Asia Timur, dengan menginspirasi potongan kimono untuk menghasilkan kurung potongan besar tanpa pesak.
Baju Kurung Bulan Bintang Tumpuan Ramai
1. Baju Kurung Rosetta
Sulaman pokok-pokok kecil di bahagian bawah baju dan sekeliling leher baju.
Pelit halus dan potongan di sisi menampilkan model lebih langsing.
2. Baju Kurung Orked
Padanan Baju Kurung yang boleh di mix-and-match dengan pakaian lain ini mempunyai hiasan ruffle di hujung bahu.
Sesuai dipakai di majlis outdoor kerana fabrik cotton embroidery yang ringan dan tidak panas.
3. Baju Kurung Seroja
Tampil klasik dan ayu dengan Baju Kurung Seroja.
Kain cotton embroidery with lining digunakan, dijahit dengan mempunyai bukaan depan berbutangkan butang berbentuk berlian.
Jahitan pelit dan potongan kain Baju Kurung mermaid-style yang menampakkan pinggul sehingga peha lebih langsing.
4. Baju Kurung Poppy
Corak ceria untuk edisi Baju Kurung Poppy sesuai untuk yang mencari look fresh yang boleh dipakai tidak mengira majlis.
Majlis hari jadi, dinner bersama keluarga dan outfit untuk kerja? Baju Kurung Poppy pilihan terbaik.
Semua ini boleh didapati di Bulan Bintang. Dari saiz S hingga 5XL, Baju Kurung Bulan Bintang sesuai untuk semua jenis bentuk badan.
Kebanyakan koleksi ini mempunyai diskaun minimum 31%, anda boleh beli dengan harga yang lebih murah sekarang!
Lihat Koleksi Baju Kurung Bulan Bintang In-Trend 2024 Di Sini