Baju kurung tradisional sering menjadi bebenang yang menggabungkan masa lalu dengan masa kini dalam industri fesyen Malaysia.
Baju kurung, pakaian tradisional Melayu sejak berabad lamanya, melangkau sempadan budaya dan meletakkan ia selari dengan dinamik kehidupan moden, menjadikannya pakaian yang timeless.
Pakaian ikonik ini berakar umbi dari warisan Melayu dan mewakili budaya dan identiti serta mewakili perubahan gaya dan keanggunan.
Pendek kata, ia lebih daripada sekadar sehelai pakaian.
Jom kami singkapkan kepada anda evolusi baju kurung tradisional dari mula hingga sekarang.
Evolusi Baju Kurung Tradisional
Baju kurung memang telah lama wujud di Malaysia sejak zaman pre-moden.
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat memakai sarung diikat menutupi dada hingga ke betis.
Dalam erti kata lain, masyarakat zaman dahulu berkemban.
Tetapi, sejak kedatangan pedagang-pedagang yang beragama Islam, penerapan pemakaian bercirikan panduan selaras nilai yang dianjurkan oleh agama Islam dilakukan.
Sejak itu, timbullah inspirasi dan penghasilan baju kurung.
Padanan baju labuh dan berlengan panjang dengan kain sarung membentuk satu baju kurung.
Baju kurung tradisional ini dijadikan pakaian seharian masyarakat Melayu dan secara langsung sebagai identiti wanita Melayu ketika itu.
Fungsi baju kurung secara asasnya adalah untuk mengurung tubuh si pemakai bagi menjaga kehormatan wanita dan melindungi pemakai daripada anasir-anasir buruk.
Ini merupakan ciri-ciri baju kurung tradisional.
Jika hendak dibandingkan dengan rekaan dan ukuran baju kurung terkini, ukuran asal lebih besar, terutama di bahagian bahu dan labuh baju.
Dari konsep asal baju kurung tradisional, setiap daerah Malaya mempunyai rekaan baju kurung tersendiri.
Yang paling ternama ketika itu adalah baju kurung Teluk Belanga, baju kurung Cekak Musang, baju kurung Kedah, baju kurung Pahang dan lain-lain.
Selari dengan peredaran zaman, baju kurung tradisional dipatenkan dengan potongan lebih moden dan mengikut trend setiap era.
Contohnya, baju kurung pada zaman 1950-an dan 1960-an menunjukkan perbezaan ketara dari segi bentuk dan juga corak.
Rekaan baju kurung ketika ini menampakkan bentuk tubuh badan si pemakai dan mempunyai ciri-ciri moden yang sedikit sama dengan gaya barat.
Ia juga tidak lagi berkekek dan berpesak, tetapi berdat dan tidak lagi labuh seperti versi tradisional.
Kini, perubahan rekaan baju kurung masih dilakukan, tetapi ada yang masih mengekalkan elemen asal, cumanya coraknya lebih menarik dan selari dengan kehendak semasa.
Ini mencerminkan budaya Melayu yang sentiasa memperkayakan budaya Melayu dan membuatkan ia lebih relevan dan selaras dengan peredaran zaman.
Tidak kira jenis majlis atau tempat yang dihadiri, ramai anak muda sekarang senang menggayakan baju kurung ke mana-mana sahaja.
Walau tidaklah mempunyai potongan seperti rekaan asal, ciri-ciri tradisional di baju kurung tidak jauh bezanya dari yang asal.
Jenis Baju Kurung Tradisional
1. Baju kurung Teluk Belanga
Kredit foto: : BulanBintangHq
Baju Kurung Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor berasal dari Johor.
Ia diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar ketika Almarhum bersemayam di Teluk Belanga Singapura dan berpindah ke Tanjung Puteri.
Almarhum menetapkan supaya baju perempuan labuhnya hingga bawah lutut dengan alas lehernya halus dan tidak berkocek.
Sulaman dijahit di bahagian leher. Antara rekaan sulamannya adalah mata lalat, tulang belut dan insang pari.
Perihal mengenai kocek, ia telah ditambah kepada satu kocek mengikut cadangan Allahyarham Jaafar bin Haji Muhammad.
2. Baju Kurung Cekak Musang
Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang adalah sama kecuali pada bahagian leher.
Leher Baju Kurung Cekak Musang dilengkapi dengan kolar. Kolar itu diletakkan menegak dan lebarnya hanya satu jari.
Kolarnya mempunyai bukaan panjang yang berkancing di bahagian hadapannya. India dan China dikatakan membawa pengaruh kepada potongan baju ini.
3. Baju Kurung Kedah
Kerana ia menyerupai blaus pendek yang dibuat singkat hingga ke paras punggung di Selatan Thai, baju kurung Kedah dipercayai berasal dari sana.
Baju Kurung Kedah ialah pakaian yang longgar yang diperbuat daripada kain cita (kapas) yang berbunga kecil
Ia juga menggunakan kain kasa tebal atau nipis yang jarang dengan potongan leher bujur sireh.
Kain sarung dipakai bersama pakaian Baju Kurung Kedah. Kain sarung diikat dengan ambak yang mengalur ke sebelah kiri atau kanan.
Baju Kedah boleh dianggap sebagai pakaian seharian atau pakaian basahan.
Baju kurung dengan leher teluk belanga dihiasi dengan kalung papan di dada dan kain lipatan berselisih di hadapan.
4. Baju Kurung Pahang
Baju Kurung Pahang, juga dikenali sebagai Baju Kurung Riau Pahang, menggambarkan hubungan sejarah antara negeri Pahang dan Riau.
Terciptanya potongan pakaian ini menunjukkan hubungan politik dan sosial budaya yang terjalin semasa kerajaan Melayu Melaka.
Baju Kurung Riau Pahang berbeza dengan pesak baju kurung kerana kedua-dua bahagian tepinya berpesak kembang yang disambungkan dengan kekek gantung.
Baju berkolar tinggi ini sangat menarik dengan tujuh atau sembilan butang.
Kesimpulannya, dalam dunia di mana trend fesyen datang dan pergi, baju kurung kekal sebagai karya agung abadi, mengingatkan kita tentang kepentingan memelihara warisan budaya kita sambil menerima perubahan.
Evolusinya adalah bukti warisan tradisi yang kekal dalam dunia yang pesat berubah, dan ia berfungsi sebagai peringatan bahawa akar umbi kita boleh menjadi sumber inspirasi untuk masa depan.
Singgah & Beli Baju Kurung Tradisional di Bulan Bintang Hari Ini
Sebagai rakyat Malaysia dan pengagum pakaian cantik ini, kami menantikan bab seterusnya dalam kisah Baju Kurung yang sentiasa berkembang.
Sama ada anda seorang penikmat tradisi atau individu yang maju dalam fesyen yang mencari warisan Malaysia, Bulan Bintang ialah destinasi utama anda.
Kami komited untuk memelihara intipati baju kurung tradisional, sambil sentiasa berinovasi untuk memenuhi cita rasa dunia moden yang semakin berkembang.
Jom singgah ke website Bulan Bintang dan lihat koleksi baju kurung kami yang pelbagai.
Dengan dedikasi terhadap kualiti dan gaya, jangan risau tentang kualiti. Bulan Bintang akan memberi peluang untuk anda merasai pakaian tradisional yang sepadan dengan harganya.
Untuk lihat koleksi baju kurung Bulan Bintang, klik di sini.