Koleksi Baju Sedondon Sekeluarga Di Bulan Bintang

bulan bintang

Nama Bulan Bintang melonjak naik pada musim Aidilfitri tahun ini. Maklumlah, semangat untuk menyambut hari mulia perlu diraikan bersama keluarga.

Dan, pembelian baju sedondon di kedai ini tidak terhenti ketika musim perayaan itu sahaja. 

Selepas tamat sahaja fasa pandemik COVID-19, kenduri kahwin tak putus-putus berkunjung tiba. Majlis-majlis sosial pun tidak kalah meriahnya. 

Bila dah lama tak berkunjung ke kenduri ni, mestilah kena cari dan pakai baju yang sesuai dengan tema kenduri.

Kita mestilah nak melawa dan pakai cantik-cantik bila berjumpa kenalan rapat dan sanak saudara yang kita sudah lama tak jumpa di majlis-majlis sosial.

Yang dah berkeluarga pula mesti mahukan baju yang sedondon. Tapi bila nak sedondon ni, susah betul nak cari baju yang betul-betul padan dan sedondon dengan setiap ahli keluarga. 

Peningkan? Tak perlu risau. 

Bulan Bintang telah mengeluarkan baju raya yang mempunyai variasi warna yang sama. Dengan pilihan pelbagai variasi warna anda sudah boleh sedondon dengan keluarga.

Jom kita tengok koleksi baju di Bulan Bintang

 

Koleksi Sedondon Raya Bulan Bintang

1. Baju Melayu Tailored Fit

Baju Melayu Tailored Fit Bulan Bintang

Baju Melayu dengan potongan Tailored Fit ini direka khas bagi mereka yang mementingkan keselesaan dan pada masa yang sama ingin sentiasa kelihatan kemas. 

Diperbuat dengan material kain Italian Avanti, kain ini tidak mudah panas. Sesuai untuk dipakai semasa majlis outdoor !

Rekaan baju melayu ini datang dengan zip di sisi hujung baju dan di kedua-dua belah lengan untuk memudahkan pergerakan si pemakai. Nak ambil wuduk pun senang kan?

Didatangkan di dalam kotak eksklusif, anda juga boleh dapatkan butang baju melayu (5 pcs) secara percuma tau. Tak perlu dah beli butang baju melayu. Jimatkan?

Lihat Koleksi Baju Melayu Tailored Fit Bulan Bintang:

Koleksi Baju Melayu Tailored Fit

 

2. Baju Melayu Kids

Baju Melayu Kids Bulan Bintang

Nah, jika tadi kita lihat koleksi Baju Melayu ayahnya, sekarang jom kita lihat apakah koleksi yang sesuai digayakan untuk anaknya pula. 

Haruslah pilih yang sedondon bukan? Barulah betul-betul smart!

Bagi koleksi Baju Melayu Kids, ia juga direka dengan potongan Tailored Fit daripada material yang sama. 

Bagi saiz 0 – 7 tahun, seluar bergetah manakala 8 – 11 tahun sama seperti orang dewasa, berzip dan hook. Butang melayu juga adalah percuma! Limited edition diamond button pula tu.

Cutting baju melayu ini straight cut tau, nampak sama kemas dan bergaya macam ayahnya.

Lihat Koleksi Baju Melayu Kids Bulan Bintang:

Koleksi Baju Melayu Kids

 

3. Baju Kurung Sisters Glam Balqees

Baju Kurung Sisters Glam

Tampil dengan potongan kurung moden, design corak yang minimalis ini sangat sesuai dipakai ke majlis-majlis kahwin.

Lampiran lace di bahagian hadapan baju menampakkan keanggunan pemakai lebih menyerlah. Tak kurang juga taburan manik di lengan dan di bahagian hadapan baju.

Selain design yang menarik, material kain pun sangat best. Diperbuat daripada 80% Cotton dan 20% Rayon, material-material ini sangat sejuk, selesa dan tak jarang tau.

Cutting Mermaid menampak si pemakai nampak lebih ayu dan terdapat zip tersembunyi di belakang.

Saiz juga banyak pilihan tau, dari saiz XS hingga saiz XXXL.

Lihat Koleksi Baju Kurung Sisters Glam Bulan Bintang:

Koleksi Baju Kurung Sisters Glam

 

4. Baju Kurung Sisters Luxe Leesya

Baju Kurung Sisters Luxe

Baju Kurung Sisters Luxe Leesya hadir dengan 5 pilihan warna yang fresh.

Warna pilihan terdiri dari Burgundy, Peony Pink, Raven Black, Gem Turquoise dan Iris Blue.

Berbanding Baju Kurung Sisters Glam, baju kurung edisi ini diperbuat daripada 80% Cotton, 15% Viscose dan 5% Polyester. 

Designnya pun agak berbeza tau dari Baju Kurung Sisters Glam, rekaannya tampak lebih fresh dan anggun. Sesuai untuk pemakai yang ingin nampak menyerlah di mana-mana majlis.

Nak padankan dengan keluarga pun boleh kerana pilihan warna yang menarik.

Lihat Koleksi Baju Kurung Sisters Luxe Leesya Bulan Bintang:

Koleksi Baju Kurung Sisters Luxe Leesya

 

5. Baju Kurung Kids Glam Sofea

Baju Kurung Kids Glam

Bukan mak-mak sahaja nak melaram, anak perempuan pun nak jugak melaram!

Bulan Bintang tampilkan koleksi Baju Kurung Kids Glam Sofea yang sesuai digayakan oleh kanak-kanak perempuan. Tak perlu susah cari baju, pakai sahaja koleksi ini.

Didatangkan dengan 5 warna, baju kurung ini available untuk bayi sehingga kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun tau.

Design pun tak kurang cantiknya untuk dipakai anak-anak di majlis penting. Dengan kemasan lace bunga di hadapan baju, ia sesuai digayakan pada masa kini.

Cutting kain juga sama seperti dewasa, iaitu mermaid, dengan kain kipas belakang. Mudah dipakai dengan zip dan getah di sekeliling pinggang.

Lihat Koleksi Baju Kurung Kids Glam Sofea Bulan Bintang:

Koleksi Baju Kurung Kids Glam Sofea


Selepas ini, tak perlu lagi pening-pening mencari ke semua baju sedondon di merata tempat. Cari sahaja di Bulan Bintang.

Banyak lagi pilihan yang anda boleh buat di Bulan Bintang. Dari kurung moden dan baju melayu ke baju kurta, anda boleh bergaya dengan sopan di mana-mana majlis yang anda pergi.

Koleksi-koleksi idaman ramai ini patut dimiliki keluarga anda. Layari website Bulan Bintang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai koleksi-koleksi menarik kami!

DAPATKAN KOLEKSI BULAN BINTANG SEKARANG!