Panduan Padanan Warna Baju dan Tudung Untuk Hijabis

padanan warna baju dan tudung

Apabila bercakap tentang fesyen, padanan warna merupakan watak penting dalam mereka look yang stylish dan sepadan.

Masalah padanan baju dan tudung yang tidak kena warna selalu dihadapi para hijabis.

Ada diantara anda yang silap memilih warna yang menampakkan anda kelihatan suram.

Hal ini sangat dititikberatkan kerana kombinasi warna yang betul meningkatkan penampilan keseluruhan dan mencerminkan keperibadian anda.

Tidak kisah untuk look keluar bersiar-siar, acara rasmi atau majlis perayaan, artikel ini akan memberikan panduan terperinci mengenai padanan baju dan tudung sesuai untuk para hijabis.

Fahami ‘Colour Theory’

Colour Theory atau teori warna adalah asas kepada semua padanan warna.

Teori warna menerangkan cara warna berinteraksi, melengkapi dan kontra antara satu sama lain.

Dalam skema teori warna asas, warna-warna seperti merah, biru dan kuning adalah warna primer.

Warna primer ini tidak boleh dibuat dengan mencampurkan warna lain.

Warna sekunder pula, seperti hijau, oren dan ungu diperbuat dengan mencampurkan dua warna utama.

Warna tertier terbentuk dengan mencampurkan warna primer dan sekunder.

Perbezaan Antara Warna Hangat dan Sejuk

Warna boleh dikategorikan kepada ton hangat (warm) dan sejuk (cool).

Warna hangat, seperti merah, oren dan kuning, membangkitkan kemesraan dan tenaga.

Warna sejuk, seperti biru, hijau dan ungu, menenangkan dan efek menyejukkan.

Mengetahui sama ada warna itu hangat atau sejuk boleh membantu anda mencipta pakaian yang seimbang dan harmoni.

Padanan Warna Baju dan Tudung yang Sesuai

1. Warna Monokromatik

Skim warna monokromatik menggunakan pelbagai variasi satu warna.

Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan 2 hingga 3 rona berbeza untuk satu warna dengan tahap saturasi dan kecerahan berbeza untuk setiap baju dan tudung.

Pakaian monokromatik boleh dalam warna terang atau lembut.

Jika anda mahu padanan baju dan tudung yang lebih cerah dan lebih kemas, tambah kontras antara warna.

Jika kontras antara warna hampir tidak ketara, keseluruhan padanan tersebut akan kelihatan lembut dan tenang.

Untuk lebih faham, anda boleh lihat contoh skema warna monokromatik untuk warna biru.

padanan warna baju dan tudung

2. Warna Analogus

Warna Analogus pula ialah warna bersebelahan antara satu sama lain dalam roda warna.

Sebagai contoh, merah dan merah jambu ialah warna analogus dengan warna oren.

padanan warna baju dan tudung

Ini adalah alternatif kepada warna monokromatik dengan masih mengekalkan keserasian keseluruhan penampilan.

Pattern Juga Main Peranan Ya!

Selain menitikberatkan padanan warna antara tudung dan baju, faktor pattern di baju atau tudung juga memberi efek kepada setiap penampilan.

Jom kita lihat setiap jenis padanan pattern dan warna.

1. Mencampur Corak dalam Baju atau Tudung

Corak campuran boleh menjadi rumit tetapi bermanfaat. Perkara utama adalah untuk memastikan bahawa corak berkongsi sekurang-kurangnya satu warna biasa.

Baju Kurung berbunga-bunga dengan tudung bercorak minimal yang menyertakan warna yang sama boleh mencipta rupa yang menarik.

2. Mencampur Warna Bold dengan Pattern

Jika anda lebih suka corak sama ada dalam Baju Kurung atau tudung anda, seimbangkan dengan warna bold.

Tudung bercorak digandingkan dengan Baju Kurung warna bold, atau sebaliknya, memastikan pakaian itu tidak menjadi menarik.

3. Ambil Berat Tentang Tekstur Fabrik

Tekstur fabrik yang berbeza juga boleh menjejaskan penampilan keseluruhan anda.

Memadankan tudung dengan Baju Kurung fabrik kapas boleh mencipta kontras yang menambah kedalaman dan kesepadanan pada pakaian anda.

Koleksi Baju Kurung Bulan Bintang Sepadan Warna Monokromatik

1. Ivy

Koleksi Sisters Ivy menyerlahkan penampilan lebih lembut dan tenang.

Padanan Baju Kurung berona ungu lembut beserta tudung berwarna merah jambu lembut sesuai untuk majlis sambutan hari jadi dan pakaian harian ke pejabat.

2. Lily

Koleksi Sisters Lily dengan kod warna ‘Bumblebee’ kelihatan sesuai dengan padanan tudung yang hampir sama ronanya.

Corak bunga kecil berwarna biru dan merah jambu pastel senang digayakan ke mana-mana sahaja.

Dengan tambah pleat ringan di lengan Baju Kurung Lily menambahkan sentuhan minimalis, tetapi tidak jemu dipakai dan cantik di mata.

Koleksi Baju Kurung Bulan Bintang Sepadan Warna Analogus

1. Cempaka

Padanan warna kain patio kuning, baju pastel hijau dan selendang biru adalah padanan fresh untuk kelihatan ceria sepanjang pemakaiannya.

Potongan panjang baju ala-ala Baju Kurung Kedah dengan sedikit twist Baju Kebaya melalui butang di depan, sesuai untuk dewasa mahupun kanak-kanak.

Tekstur fabrik baju Cotton Checkered memberikan keseimbangan dengan kecerahan warna kain pario.

 All in all, padanan Baju Kurung Sister Lily sesuai untuk pemakaian fun, refreshing dan cute!

2. Petuna

Taburan warna merah jambu di sekitar sulaman di lengan, hujung baju dan di sekitarnya, sesuai dipadankan dengan tudung juga berwarna merah jambu.

Baju Kurung Sisters Petuna ini, terutamanya dalam warna Raven Black menyerlahkan penampilan eksklusif pemakai.

Potongan kain mermaid-style di baju kurung ini menampakkan pemakai lebih ramping. 

Kesimpulannya, padanan baju dan tudung tidak semestinya dengan hanya bermain warna-warna yang anda familiar, tetapi juga dengan warna unik.

Fahami teori warna, kesesuaian warna-warna tersebut dengan fabrik dan tekstur pakaian dan baju, anda boleh mencipta penampilan baju yang menyerlahkan keunikan diri anda!

Untuk Baju Kurung yang cantik dan mempunyai variasi pelbagai untuk hampir ke semua majlis, dapatkan koleksi yang anda suka di Bulan Bintang!

Dapatkan harga termurah bila anda membeli-belah Baju Kurung di Bulan Bintang.

Dengan diskaun hampir 40%, jangan lepaskan peluang ini. Layari website, butik rasmi dan Tiktok Shop untuk membuat pembelian!

Lihat Koleksi Baju Kurung Bulan Bintang di Sini