Bermula dengan sebuah butik pada tahun 2021, kini jenama baju Melayu Bulan Bintang telah mengorak langkah dalam memperluaskan empayarnya melalui 11 buah cawangan butik Bulan Bintang di seluruh Malaysia. Kejayaan Bulan Bintang yang bermula secara sederhana pada tahun 2016 dengan hanya menjual 300 helai kurta telah menjadi batu loncatan dalam kejayaan yang dikecapi hari ini.Â
Butik Bulan Bintang berfungsi sebagai one stop centre untuk anda yang ingin mencari set lengkap baju Raya untuk digayakan di pagi lebaran nanti. Kami menyediakan koleksi baju Raya ready to wear (RTW) yang terdiri daripada baju Melayu, kurta, baju kurung yang lengkap untuk seisi keluarga. Setiap koleksi didatangkan dengan pelbagai pilihan warna dan saiz bermula dari umur 0-1 tahun sehingga 5XL.
Jom kami senaraikan 11 cawangan butik Bulan Bintang untuk rujukan anda.