Kepelbagaian Koleksi RTW Di Bulan Bintang

Kepelbagaian Koleksi RTW Di Bulan Bintang

Bulan Bintang adalah sebuah jenama lokal yang lengkap dengan pelbagai koleksi ready to wear (RTW) untuk Baju Melayu, Kurta dan Baju Kurung yang memudahkan pelanggan untuk mendapatkan semua keperluan bukan sahaja sempena lebaran, malah untuk majlis keramaian atau majlis-majlis formal.

Ditambah pula dengan 11 cawangan butik serta ejen dan stokis sah Bulan Bintang di seluruh Malaysia, keistimewaan ini menjadikan jenama Bulan Bintang sebagai pilihan utama penggemar fesyen dari pelbagai demografi untuk mendapatkan koleksi pakaian untuk seisi keluarga. Jom kami kongsikan setiap koleksi terkemuka Bulan Bintang yang menjadi tarikan ramai pembeli!

Baju Melayu Dewasa dan Kanak-Kanak

Kepelbagaian Koleksi RTW Di Bulan Bintang

Untuk koleksi Raya 2023, Bulan Bintang mengeluarkan dua jenis baju Melayu iaitu baju Melayu Cekak Musang (slim fit dan tailored fit) dan baju Melayu Teluk Belanga. Rekaan slim fit didatangkan dengan 72 pilihan warna eksklusif bermula dari size XS-2XL, manakala rekaan tailored fit pula didatangkan dalam pelbagai pilihan saiz bermula dari XS sehingga 5XL dengan 54 pilihan warna. Koleksi baju melayu kanak-kanak juga bermula dari saiz 0-13 tahun.

Kurta

Kepelbagaian Koleksi RTW Di Bulan Bintang

Kurta Bulan Bintang dengan 5 jenis design merupakan salah satu tarikan ramai jejaka untuk menggayakan. Material 100% cotton semestinya memberikan keselesaan buat semua. Koleksi kurta ini juga merangkumi semua jenis saiz termasuk golongan bersaiz ‘comel’ iaitu dari XS-5XL.

Baju Kurung Dewasa dan Kanak-Kanak 

Kepelbagaian Koleksi RTW Di Bulan Bintang

Koleksi rekaan Bulan Bintang Sisters mempunyai lebih dari 50 rekaan yang boleh dipadankan dengan koleksi kurung kanak-kanak. Rekaan mini kurung dan peplum dari saiz XS-3XL bagi dewasa dan 0-13 tahun bagi kanak-kanak memberikan pelbagai pilihan buat si pemakai untuk bergaya. 

Dapatkan koleksi raya dari Bulan Bintang, pilihan utama seisi keluarga! 

 [Saya Nak Lihat Semua Koleksi Di Bulan Bintang!]