“Yeay adik ada baju baru!”- begitulah reaksi anak-anak yang gembira apabila ibu bapa membeli anak baju baru apatah lagi baju kurung budak dari Bulan Bintang HQ.
Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mempunyai fesyen pakaian baju kurung budak yang semakin moden.
Membeli baju secara online amat memudahkan. Tetapi, ada segelintir ibu bapa yang masih dilema untuk berbuat demikian.
Mungkin ada yang pernah mengalami masalah seperti tersalah pilih saiz atau warna tidak sama seperti gambar.
Teruskan membaca artikel ini kerana kami akan berkongsi tips dan koleksi baju kurung budak untuk anak nampak bergaya.
Faktor Yang Perlu Difikirkan
Elakkan daripada membeli tanpa membuat perancangan. Berikut merupakan empat faktor utama yang boleh dijadikan panduan.
- Umur
Kanak-kanak membesar dengan cepat. Untuk memakai pakaian dalam jangka masa yang lama, ambil satu saiz lebih besar.
- Jenis Kain
Memilih baju untuk kanak-kanak bukan sekadar pilih yang nampak comel buat mereka.
Material baju atau jenis kain yang dipakai mempengaruhi keselesaan dan pergerakan anak-anak.
Oleh itu, cuba tentukan dahulu kain apa yang anak anda lebih suka dan selesa.
Biasanya, ramai ibu bapa lebih gemar memilih kain kapas (cotton) buat anak-anak yang aktif untuk bebas bergerak dengan mudah.
Pilih juga fabrik yang mudah dicuci dan warna tidak mudah luntur setelah dicuci.
- Citarasa
Jika anak-anak mempunyai citarasa sendiri, lebih baik ikut sahaja kerana mereka akan lebih suka untuk memakai berulang kali.
- Kesesuaian Majlis
Baju kurung biasanya dipakai ketika majlis kahwin dan hari perayaan.
Trend fesyen sering berubah. Oleh itu, digalakkan memilih baju yang boleh digayakan diluar hari perayaan dan majlis kahwin.
Bercerita tentang masa, cuaca juga perlu diambil berat. Penting untuk pilih baju yang menyerap peluh dengan baik.
Cara Menentukan Saiz Baju Anak
Apabila tiba saatnya untuk membeli baju kanak-kanak, mencari saiz yang sesuai boleh menjadi cabaran tersendiri.
Jangan risau, kami ada beberapa tips menarik untuk membantu anda menemukan ukuran baju yang sempurna.
- Saiz baju “standard”
Kebiasaannya, tag pada baju menganggarkan saiz mengikut umur.
Sebagai contoh, saiz tag 3 merujuk kepada anak berumur 3 tahun berbadan sederhana.
Tetapi tidak semua boleh bergantung pada saiz ini. Dapatkan kepastian daripada penjual jenis saiz baju yang diguna pakai.
- Ukur dengan pita pengukur
Mengukur adalah kunci.
Anda boleh menggunakan pita pengukur untuk mengukur bahagian dada, bahu, pinggang, dan labuh baju anak anda.
Sebelum itu, guna pita pengukur yang mempunyai ukuran inci yang tepat bagi mengelakkan ukuran yang ralat.
Dengan cara ini, anda akan mendapat idea yang lebih tepat tentang ukuran baju yang akan selesa dipakai oleh mereka.
- Buat perbandingan dengan carta saiz
Membuat perbandingan antara ukuran tubuh anak anda dengan ukuran yang disediakan oleh kedai.
Dengan carta tersebut, anda sudah boleh membuat keputusan saiz yang lebih tepat untuk anak anda.
- Ambil dua saiz terdekat
Jika anak anda berada di antara dua ukuran, yang mana pilihan terbaik?
Untuk kanak-kanak, lebih baik memilih ukuran yang lebih besar daripada terlalu kecil.
Ini akan memberi anak lebih banyak ruang untuk tumbesaran dan bergerak dengan bebas.
Koleksi Baju Kurung Budak di Bulan Bintang
- Tyra
Jika anda mencari pakaian yang unik dan bergaya untuk anak anda, maka Tyra adalah pilihan yang sempurna!
Dengan gaya mini kurung moden, baju ini menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan kontemporari.
Top:
- Round neckline: Anak anda akan terpikat dengan rekaan leher yang melingkar, memberi sentuhan klasik dan moden
- Zip di Belakang: Dengan zip tersembunyi di bahagian belakang, pakaian ini kemas dan rapi
- Kemasan Belakang (back darts): Corak belakang memberi siluet yang menawan
Bottom:
- Half elastic band: Memberikan keselesaan ekstra
- Skirt mermaid: Rekaan skirt bergaya mermaid memberi sentuhan moden
- Zip tersembunyi: Bahagian bawah mempunyai zip tersembunyi, memberikan rekaan yang kemas
Koleksi Tyra diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, iaitu Dutchess Satin.
- Dynas
Jika anda mencari baju kurung budak yang menggabungkan elemen pesona dan ketegasan, Dynas adalah jawapannya.
Rekaan peplum pada bahagian atas memberi dimensi tambahan dan mencipta siluet yang anggun kepada kanak-kanak.
Top:
- Leher V: Rekaan leher V pada bahagian atas memberikan sentuhan elegan dan moden
- Zip Tersembunyi di Belakang: Ada penyippan zip yang tersembunyi di bahagian belakang
- Cover button: Detail butang penutup pada bahagian atas menambah sentuhan rasa kemas
Bottom:
- Pinggang Getah Penuh: Rekaan pinggang getah penuh pada bahagian bawah memberikan keselesaan yang baik
- Skirt Bergaya Mermaid: Skirt bergaya mermaid mengimbangi rekaan peplum di bahagian atas dengan sempurna
- Zip Tersembunyi: Seperti bahagian atas, bahagian bawah juga mempunyai penyippan zip yang tersembunyi, menjadikan pakaian ini lebih kemas secara keseluruhannya
Kain yang digunakan untuk koleksi ini adalah full lace with lining.
- Emma
Koleksi Emma adalah untuk kanak-kanak yang menggemari sentuhan moden dalam penampilan tradisional.
Sentuhan moden melalui rekaan mini kurung moden yang ada unsur tradisional dan kontemporari.
Top:
- Leher Bulat: Menambahkan sentuhan kelembutan
- Zip Tersembunyi di Belakang
Bottom:
- Pinggang Getah Penuh: Memberikan keselesaan maksimum
- Skirt Bergaya Mermaid: Skirt bergaya mermaid menawarkan rekaan yang lebih moden dan elegan
- Zip Tersembunyi: Kain bawahan dilengkapi dengan zip tersembunyi
Jenis kain baju kurung budak ini diperbuat daripada kain tafetta dengan lapisan (lining) di bawahnya.
- Marsha
Rekaan mini kurung moden menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden, mencipta harmoni yang sempurna.
Top:
- Leher Bulat
- Zip Tersembunyi di Belakang
- Bentuk Darts di Belakang: Memberi pakaian struktur yang anggun
- Sulaman Berenda dengan Diamond di Bahagian Atas, Bawah, dan Lengan: Memberikan pakaian kemewahan dan pesona.
Bottom:
- Pinggang Separuh Getah: Memberikan keselesaan dan mudah dilaras
- Patch Berenda dengan Diamond di Bahagian Bawah Skirt Depan: Menambah sentuhan elegan dan glamor
- Skirt Bergaya Mermaid: Rekaan yang moden dan anggun, menambahkan elemen mewah
Jenis kain adalah Dutchess Satin.
Sebenarnya, ada banyak lagi koleksi baju kurung budak berumur setahun sehingga 12 tahun yang ada di Bulan Bintang HQ.
Apabila memilih dengan bijak, anda akan menjadikan anak anda bergaya dan rasa selesa dalam majlis yang dihadiri.
Ibu bapa yang ingin mendapatkan baju kurung budak yang cantik-cantik pada kualiti yang tinggi, dapatkan di Bulan Bintang.