Baju Melayu Slim Fit Semakin Jadi Pilihan

baju melayu slim fit

Baju Melayu Slim Fit semakin popular di kalangan lelaki yang menggemari penampilan lebih kemas dan kontemporari.

Menonjolkan potongan yang sedikit ketat pada badan tetapi memberikan kesan segak dan bergaya.

Baju Melayu viral, seperti jenama Bulan Bintang telah mencipta nama dengan koleksi Baju Melayu Slim Fit.

Rekaan potongan yang moden ini telah menarik perhatian umum, dan permintaan yang tinggi semasa musim perayaan.

Teruskan membaca artikel ini untuk perkongsian tentang Baju Melayu Slim Fit yang mula mendapat tumpuan ini.

Asal Usul Baju Melayu

Baju Melayu bermula kira-kira 700 tahun dahulu semasa Kesultanan Melayu Melaka di bawah Sultan Muhammad Syah.

Beliau mahu masyarakat Melayu memiliki identiti yang jelas sebagai bangsa Melayu.

Inilah punca baju Melayu diilhamkan. Pakaian ini diperbuat daripada kain kapas, satin, atau fabrik selesa yang lain.

Proses jahitannya melibatkan gaya berpesak atau potongan moden yang dipanggil potongan Cina.

Baju Melayu menjadi simbol warisan budaya dan identiti masyarakat Melayu.

Meskipun telah berabad lamanya, rekaannya masih relevan dan dihargai hingga sekarang.

Ini menunjukkan kesinambungan warisan tradisional dan identiti yang kuat dalam kalangan masyarakat Melayu.

Jenis- Jenis Baju Melayu

  • Baju Melayu Cekak Musang
cekak musang

Baju Melayu Cekak Musang adalah salah satu gaya rekaan baju Melayu yang paling terkenal dan formal.

Ciri khas utamanya adalah cara jahitan pada leher. Ia melengkung dan seperti leher baju India kerana butang bertindan.

Terdapat beberapa rekaan seperti butang tiga, butang empat dan butang lima.

Namun, Baju Melayu Cekak Musang menggunakan butang lima yang dikaitkan dengan 5 rukun Islam.

Baju Melayu Cekak Musang sering dipakai dalam majlis formal seperti perkahwinan dan majlis agama.

Seseorang kelihatan lebih segak apabila memakai Baju Melayu Cekak Musang dengan samping secara penuh di luar baju.

  • Baju Melayu Teluk Belanga
teluk belanga

Pernahkan anda nampak, penampilan aktor hebat Beto Kusyairy yang memperagakan koleksi Baju Melayu Teluk Belanga?

Ramai sungguh yang melting, kan?

Terkenal di Johor, potongan pada leher Baju Melayu Teluk Belanga dijahit sulaman dan dikenali sebagai jahitan tulang belut.

Berbeza dengan Baju Melayu Cekak Musang, leher Baju Melayu Teluk Belanga dikancing dengan satu butang sahaja.

Leher bulat ini memberikan penampilan yang lebih santai dan tidak terlalu formal.

Baju Melayu Teluk Belanga sering digunakan dalam acara-acara yang lebih kasual atau acara santai.

Ia mempunyai potongan yang lebih longgar berbanding baju Melayu lain.

Lebih segak apabila Baju Melayu Teluk Belanga dipadankan di luar samping yang hanya menampakkan sebahagian samping.

Keistimewaan Baju Melayu Slim Fit di Bulan Bintang

baju melayu slim fit

Baju Melayu Slim Fit ini pilihan istimewa bagi lelaki yang ingin tampil bergaya dengan baju Melayu yang mengikut trend semasa.

Terdapat beberapa keistimewaan yang membezakan baju Melayu Slim Fit Bulan Bintang ini daripada pilihan lain.

  • Rekaan Cekak Musang
baju melayu slim fit

Baju Melayu Slim Fit daripada Bulan Bintang mempertahankan rekaan tradisional cekak musang.

Namun, ia diberi sentuhan moden dengan rekaan yang lebih ramping tanpa pesak, yang sesuai untuk gaya hidup masa kini.

  • Bahan Berkualiti dan Selesa

Pemilihan material Korean royal versace breathable menjanjikan keselesaan yang maksimum kepada pemakai.

Bahan ini mempunyai sifat ‘breathable’ yang membolehkan udara beredar dengan baik, menjadikannya sesuai untuk cuaca panas.

Pemakai akan merasakan keselesaan sepanjang hari, daripada pagi hingga malam terutama semasa beraya.

  • Pelbagai Saiz untuk Semua Badan
baju melayu slim fit

Dengan pelbagai saiz dari XS hingga XXL, sesuai untuk semua jenis badan, daripada yang berbadan kecil hingga yang besar.

Ini membolehkan setiap individu mendapatkan warna yang meningkatkan penampilan dan keselesaan mereka.

Disebabkan potongan yang agak slim ini, disarankan untuk mengukur badan dengan tepat supaya tidak tersalah saiz.

  • Pilihan Warna yang Banyak

Dengan lebih 70 warna yang tersedia, pembeli memiliki peluang untuk memilih warna yang sesuai dengan citarasa.

Kebebasan ini membolehkan setiap individu mencerminkan personaliti mereka melalui pemilihan warna.

  • Rekaan Mesra Wudhu
rekaan mesra wudhu

Baju Melayu Slim Fit daripada Bulan Bintang telah dirancang dengan keperluan ibadah dalam fikiran.

Rekaan mesra wudhu menyediakan zip tersorok di bahagian lengan, memudahkan untuk mengambil wudhu.

Selain itu, zip di tepi hujung baju memudahkan pemakaian semula selepas wudhu.

Bukan hanya mempersembahkan gaya moden yang kemas, tetapi juga memenuhi kemudahan dalam ibadah.

Jangan lupa, tidak lengkap penampilan Baju Melayu tanpa perhiasan seperti samping, songkok, dan tengkolok.

Baju Melayu ini semakin menjadi pilihan utama terutama di musim perayaan sehingga koleksi ini seringkali out of stock.

Jika anda mencari Baju Melayu Slim Fit dengan jahitan yang kemas dan kain yang amat selesa, dapatkan di Bulan Bintang.