Fesyen baju kurung moden sering menjadi pilihan wanita.
Bukan sahaja untuk digayakan pada hari perayaan Aidilfitri, malah pada majlis keraian ataupun upacara rasmi.
Kini, baju kurung moden boleh didapati dalam pelbagai corak, rekaan dan warna.
Kepelbagaian rekaan oleh kebanyakan pereka fesyen di Malaysia menjadikan ia tidak luput dek zaman dan sentiasa anggun apabila digayakan.
Pemilihan fabrik juga menjadi satu faktor penting untuk si pemakai. 5 jenis fabrik yang sering pilihan seperti kain jenis cotton, lace, silk, batik dan chiffon.
Jenis-jenis fabrik ini sangatlah sesuai untuk pemakai sewaktu cuaca panas. Sejuk dan selesa bila dipakai.
Tidak ketinggalan di Bulan Bintang, pelbagai koleksi Baju Kurung Moden dengan rekaan yang tersendiri akan membuatkan anda rambang mata dan tidak sabar untuk menggayakannya.
Lagi menarik bila semua koleksi baju kurung moden mereka sangatlah selesa dipakai!
Sebelum kami menerangkan dengan lebih lanjut, berikut merupakan koleksi Baju Kurung Moden (Glam Sisters) yang ada di Bulan Bintang:
Glam Sisters
- Adelia
- Afya
- Aisya
- Balqees
- Dhaya
- Fatiya
- Heera
- Humeera
- Leia
- Luna
- Naura
- Riyya
- Sofea
Luxe Sisters
- Leesya
- Atasha
Namun, dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 koleksi Baju Kurung Moden di Bulan Bintang yang pastinya akan membuatkan para wanita tidak keruan untuk memilikinya.
Jom baca lebih lanjut untuk dapatkan info yang berkaitan mengenai baju kurung di Bulan Bintang.
5 Koleksi Baju Kurung Bulan Bintang
1. Baju Kurung Sisters LUXE – Atasha
Nampak anggun dan elegant bukan?
Kurung moden Sisters Luxe Atasha direka dengan menggunakan material kain Cotton 80%, Viscose 15%, Polyester 5%. Terdapat 6 pilihan warna bagi koleksi ini iaitu Thistle Purple, Pearl White, Cloudy Pink, Baby Blue, Nude dan Cream.
Warna-warna ini bertemakan pastel dan soft, sangat sesuai untuk yang menggemari warna yang tidak terlalu menonjol.
Kain yang sejuk, selesa dan tidak jarang membuatkan si pemakai merasa confident apabila menggayakannya.
Padanan lace di lengan, hujung baju dan hujung kain menyerlahkan lagi keanggunan dan menaikkan seri pemakai.
Tambah pula ada taburan manik di atas lace hujung lengan dan baju.
Rekaan minimalis ini sesuai dipakai untuk perkahwinan atau pertunangan.
2. Baju Kurung Sisters LUXE – Leesya
Baju Kurung moden Sisters LUXE Leesya mempunyai material yang sama seperti LUXE Atasha.
Apa yang membezakan antara dua rekaan ini adalah design bajunya labuh ke paras lutut dan kainnya fully lace menjadikan si pemakai tampak lebih ayu.
Terdapat 5 pilihan warna untuk koleksi ini iaitu Burgundy, Peony Pink, Raven Black, Gem Turquoise dan Iris Blue.
Manik di bahagian lengan dan hadapan baju membuatkan koleksi ini tampak lebih menarik dan menyerlah.
3. Baju Kurung Sisters GLAM – Adelia
Berbeza dengan rekaan Kurung Moden Sisters LUXE, koleksi Sisters GLAM lebih tampak simple. Material yang digunakan juga berbeza, iaitu 80% Cotton, 20% Rayon. Material baju ini sesuai dipakai sewaktu cuaca panas tau.
Baju yang bercorak dipadankan dengan kain lipat depan sesuai digayakan oleh pelbagai lapisan umur.
Juga seperti Kurung Sister Luxe, padanan taburan manik di hujung lengan dan hujung baju menambah seri baju tersebut.
Terdapat 5 pilihan warna yang cantik, hanya tinggal pilih sahaja.
4. Baju Kurung Sisters GLAM – Dhaya
Rekaan seterusnya dalam koleksi Kurung Sisters GLAM nampaknya lebih elegant dihiasi dengan lace di bahagian lengan bawah dan depan baju.
Walau hanya menggunakan warna monokromatik, padanan lace menampakkan baju itu menyerlah dan tidak terlalu tacky.
Cantik kan?
Jangan lupa masukkan rekaan ini dalam shortlist pilihan busana perkahwinan anda, sangat selesa dan tidak terlalu meyerlah bagi bakal pengantin yang memilih gaya yang sederhana.
5. Baju Kurung Sisters GLAM – Heera
Koleksi terakhir yang menjadi pilihan kali ini mesti bertepatan dengan cita rasa orang muda sekarang.
Dengan padanan full lace hampir keseluruhan set baju kurung ini, ia menampakkan si pemakai kelihatan anggun dengan rekaan corak lace yang tidak terlalu banyak atau heavy.
Corak minimalis lace ini digandingkan dengan sulaman manik di dada, seolah bentuk ‘crown’.
Gandingan ini menampakkan jiwa muda si pemakai.
Cantik kan?
Kalau berminat dengan Kurung Sisters Glam Heera ni, cepat add to cart!
Shopping Baju Kurung Moden di Bulan Bintang
Selain daripada 5 pilihan baju kurung moden, Bulan Bintang juga mengeluarkan koleksi-koleksi baju kurung moden yang lain serta baju melayu dan kurta.
Kalau dah baju kurung moden pun dah cantik, apa tah lagi kalau baju melayu dan kurtanya. Lagi handsome dan smart lah kan?
Bukan sahaja tersedia untuk dewasa, untuk kanak-kanak seawal usia bayi pun ada tau!
Bukan ibu dan ayah je nak melaram cantik-cantik, anak-anak mestilah nak juga nampak comel, cantik dan handsome kan.
Jadi mana satu pilihan anda?
Layari Official Website Bulan Bintang di untuk mengetahui lebih lanjut tentang koleksi yang ada.
DAPATKAN BAJU KURUNG BULAN BINTANG SEKARANG!