Kurta Lelaki: 5 Pilihan Buat Anda Rambang Mata!

kurta lelaki

Kalau anda perasan, semakin banyak variasi kurta yang available secara online mahupun offline seperti butik, pop-up store dan bazar-bazar. Hal ini kerana, kurta amat sesuai untuk dipakai ke apa-apa majlis atau keraian dan juga mudah dipadankan.

Pemakai akan kelihatan kemas walau hanya memadankan kurta bersama seluar slack.

Semasa perayaan pun, semakin ramai kaum lelaki mula memilih untuk menggayakan kurta kerana ciri-ciri bajunya yang memudahkan si pemakai.

Jom tengok kenapa kurta lelaki ini semakin mendapat tempat di hati jejaka tempatan kita ni.

 

Selesanya Apabila “Ber-Kurta”

bulan bintang

  • Kekal bergaya dan kemas

Apabila diperhatikan, lelaki pada masa lalu akan mengenakan baju Melayu ketika menghadiri majlis formal ataupun majlis perkahwinan.

Tetapi, trend fesyen lelaki Melayu pada masa ini telah berubah selaras dengan peredaran masa.

Kini, lelaki boleh memilih sama ada untuk mengenakan pakaian baju Melayu mahupun kurta apabila menghadiri majlis-majlis tertentu.

Jika anda OOTD hanya dengan mengenakan sepasang seluar slack hitam bersama kurta, penampilan anda kekal tampan, segak, dan bergaya. 

 

  • Fabrik kurta tahan lama

Lambakan jenis fabrik untuk pakaian tidak terkecuali untuk kurta. Banyak variasi kurta didatangkan dengan fabrik polyester, satin, cotton dan linen.

Dengan variasi ini, anda boleh lah pilihan jenis fabrik yang anda suka. Untuk yang suka pakai kurta dengan kerap, anda boleh pakai kurta jenis fabrik oxford cotton, linen, atau pinpoint cotton.

Material fabrik jenis-jenis ini sangat tahan lama. Tak mudah koyak dan serap peluh. Selepas diseterika pun nampak kemas dan terletak di badan si pemakai.

Apa yang paling penting, ia sangat sesuai dipakai sewaktu cuaca panas tau. 

 

  • Potongan baju kemas

Selain daripada material yang selesa, potongan baju kurta ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu labuh dan moden.

Selain daripada jenis potongan, ada juga kurta yang mempunyai kolar dan corak tertentu.

Lelaki pada masa moden ini lebih gemar memilih kurta moden. Lebih-lebih lagi apabila pemakaian kurta ini disambut hangat oleh pemakai yang bertubuh kecil.

Buat pengetahuan anda, kurta moden ini lebih dikenali sebagai slim fit. Ini disebabkan potongannya yang sedang elok dan mempunyai vibe seperti memakai baju kemeja.

 

5 Koleksi Kurta Lelaki Untuk Dipilih

  • Kurta A

kurta bulan bintang a

Kurta A ini didatangi dengan kolar jenis teluk belanga, jadi, buat mereka yang mementingkan keselesaan, inilah pilihan kurta yang terbaik untuk anda!

Selain daripada feature yang disebutkan di atas, kurta ini juga mempunyai jahitan halus yang kemas di sekeliling kolar dan butang.

Kurta A ini diperbuat daripada 100% cotton. Salah satu ciri cotton adalah ia akan terletak kemas di badan si pemakai.

Rekaan ini juga didatangi dengan 13 warna, iaitu:

  • Mustard
  • Silver
  • Emerald Green
  • Nude
  • Pistachio
  • Dusty Green
  • Raven Black
  • Pigeon Blue
  • Off White
  • Anchor Grey
  • Mink Grey
  • Midnight Blue 

 

***Model memakai Kurta A (Dusty Green)

 

  • Kurta B

kurta bulan bintang b

Berlainan dengan Kurta A, koleksi Kurta B ini didatangi dengan kolar cekak musang dan 3 butang rona berbentuk logo Bulan Bintang di hadapan sebagai pelengkap baginya.

Selain daripada itu, Kurta B ini mempunyai dua poket tersembunyi di sisi. Jadi, anda boleh menyimpan barang seperti smartphone dan kunci kereta di dalam kocek tersebut.

Tapi, hati-hati ya.

Jangan simpan barang yang berat dan tebal di dalam kocek itu bagi mengelakkan anda kelihatan tidak kemas!

Kurta B ini jenis relaxed fit – saiznya sedang elok iaitu tidak terlalu ketat atau longgar. Jadi, anda boleh menggayakan baju ini secara casual.

Ia hadir dengan 14 pilihan warna yang menarik seperti:

  • Eggplant Purple
  • Flaxen Yellow
  • Garnet Red
  • Icy Blue
  • Mauve Purple
  • Midnight Blue
  • Mulberry
  • Nude
  • Raven Black
  • Sea Green
  • Baby Blue
  • Blush Pink
  • Emerald Green

 

***Model memakai Kurta B (Flaxen Yellow)

 

  • Kurta C

kurta bulan bintang c

Kurta C ini adalah seperti gabungan antara Kurta A dan Kurta B. Hal ini kerana ia mempunyai kolar teluk belanga dan 3 butang pada permukaan hadapan baju.

Ia juga mempunyai poket tersembunyi di sisi baju bagi membolehkan anda menyimpan barang yang ringan dan nipis di dalamnya.

Koleksi Kurta C ini mempunyai 16 pilihan warna yang pasti akan buatkan anda rambang mata:

  • Butter
  • Cream
  • Dusty Green
  • Garnet Red
  • Light Grey
  • Midnight Blue
  • Navy Blue
  • Raven Black
  • Rose Pink
  • Thistle Purple
  • Pistachio
  • Nude
  • Emerald Green
  • Icy Blue
  • Silver
  • Off White

 

***Model memakai Kurta C (Cream)

 

  • Kurta D

kurta bulan bintang d

Buat anda yang amat mementingkan kekemasan, koleksi Kurta D ini pasti menepati citarasa dan gaya penampilan anda!

Ia dilengkapi dengan kolar cekak musang dan mempunyai tiga butang di hadapan baju. Kurta berlengan panjang ini diperbuat daripada 100% cotton.

Selain itu, saiz kurta ini juga available daripada XS hingga 5XL. Jadi, anda tidak perlu risau mengenai masalah saiz baju.

Jangan kata wanita sahaja yang rambang mata apabila melihat pelbagai warna yang menarik dan unik bagi koleksi baju.

Anda, sebagai lelaki pun pasti akan mengalami masalah rambang mata yang sama juga. Berikut merupakan pilhan warna yang ada:

  • Arctic Blue
  • Dusty Pink
  • Hunter Green
  • Khaki
  • Purple Plum
  • Dusty Green
  • Nude
  • Emerald Green
  • Icy Blue
  • Off White
  • Pistachio
  • Raven Black
  • Silver
  • Midnight Blue
  • Garnet Red

 

***Model memakai Kurta D (Pistachio)

 

  •  Kurta E

kurta bulan bintang e

Koleksi yang terakhir adalah Kurta E. Berlainan dengan 4 pilihan kurta yang disebut di atas, Kurta E ini berlengan pendek dan mempunyai kolar cekak musang.

Kurta ini juga mempunyai poket tersembunyi di sisi baju. Ia mempunyai 10 pilihan warna yang menarik seperti:

  • Blaze Orange
  • Dark Mocha
  • Dusty Blue
  • Garnet Red
  • Heather Purple
  • Light Grey
  • Midnight Blue
  • Raven Black
  • Sage Green
  • Stone Grey

 

Kualiti kurta yang terbaik dan harga yang berpatutan semestinya hanya ada di Bulan Bintang.

Buat anda yang sedang mencari kurta baru atau ingin menghadiahkan kurta kepada kenalan, anda boleh mendapatkannya di Bulan Bintang.

Di samping warna dan design yang menarik, kami di Bulan Bintang amat mementingkan kualiti produk. Pada kami, kualiti pakaian dan keselesaan pelanggan adalah keutamaan nombor satu.

Klik pautan biru di bawah ini untuk mendapatkan pilihan kurta idaman anda di laman web rasmi kami

DAPATKAN KOLEKSI BAJU KURTA BULAN BINTANG SEKARANG