Jom Kenali Baju Melayu di Bulan Bintang

baju melayu

Jenama Bulan Bintang masih mengekalkan adat dan tradisi baju Melayu. Bezanya di Bulan Bintang, kami amat mementingkan gaya yang minimalist, segak dan tampan.

Justeru, koleksi baju melayu di Bulan Bintang didatangkan dengan cutting moden tanpa pesak. Design ini direka khas supaya baju tampak kemas dan terletak kemas di badan.

Selaras dengan tagline kami, iaitu tak ketat dan tak sendat!

Artikel ini mengetengahkan cara pemilihan baju Melayu dan jenis baju Melayu yang terdapat di pasaran.

Kaum wanita juga boleh menjadikan artikel ini sebagai sumber inspirasi dalam pemilihan baju Melayu untuk ayah, suami atau anak.

 

5 Jenis Baju Melayu Yang Ada di Pasaran

Tahukah anda terdapat pelbagai jenis design, cutting dan material  kain yang digunakan dalam pembuatan baju Melayu?

Antara design baju Melayu yang paling popular dan menjadi pilihan ramai adalah baju Melayu Cekak Musang dan baju Melayu Teluk Belanga.

Namun kini, baju Melayu sudah mula berubah mengikut peredaran zaman dan pereka pakaian berusaha untuk menjadikan baju Melayu lebih moden.

Maka wujudlah baju Melayu Slim Fit yang mengikut bentuk badan si pemakai, supaya tampak lebih kemas dan terletak elok.

  • Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk Belanga juga dikenali sebagai baju Melayu Johor. Pada bahagian leher ia dijahit secara sulaman seperti jahitan leher baju kurung.

Ia tampil dengan satu butang di bahagian leher. Kebiasaanya baju Melayu di pakai di luar samping untuk tampil lebih bersahaja.

Baju Melayu Teluk Belanga labuh sehingga bawah punggung dan mempunyai dua poket di bahagian bawah baju dan satu poket di bahagian belah kiri atas baju.

  • Baju Melayu Cekak Musang

cekak musang

Baju Melayu Cekak Musang sering menjadi pilihan para lelaki pada Hari Raya Aidilfitri.

Potongan cekak musang merujuk kepada cara jahitan di bahagian leher baju yang mempunyai kolar cekak yang tinggi dan “mencekak” tengkuk.

Baju Melayu Cekak Musang ini mempunyai 5 butang di bahagian leher baju dipadankan dengan samping dibahagian luar baju untuk tampil lebih segak. 

  • Baju Melayu Batik

Jika anda seorang cikgu, mesti wajib ada satu baju Melayu Batik ni kan?

Batik merujuk kepada kain yang dicelup dengan warna, biasanya bercorak dengan rekaan bunga dan daun.

Baju batik lelaki direka menjadi baju berkolar yang dipakai dengan seluar khususnya sebagai pakaian majlis rasmi atau formal.

Baju Melayu Batik selalu dipadankan dengan seluar berwarna hitam untuk majlis rasmi. 

  • Baju Melayu Moden

Dengan zaman moden ini, ramai pereka pakaian yang mempelbagaikan design baju Melayu supaya tampil lebih bergaya.

Terdapat beberapa ciri bagi baju Melayu moden. Antaranya baju Melayu tanpa pesak supaya baju tersebut tidak kelihatan terlalu longgar dan besar, tetapi sebaliknya kemas dan segak.

Yelah kita selalu nampak baju Melayu Cekak Musang dan Teluk Belanga sahaja kan? Kini baju Melayu moden juga mempunyai pelbagai jenis design dan cutting

  • Baju Melayu Slim Fit

Baju Melayu Slim Fit juga termasuk dalam baju Melayu moden yang direka khas mengikut bentuk badan si pemakai. 

 

Baju Melayu Di Bulan Bintang

  • Baju Melayu Slim Fit

baju melayu slim fit

Baju Melayu Slim Fit ini masih mengekalkan adat tradisi baju Melayu iaitu design Cekak Musang. Bezanya adalah baju Melayu Slim Fit ini direka khas mengikut bentuk badan tanpa pesak.

Material yang digunakan adalah Korean royal versace breathable, tidak panas dan tidak jarang.

Mempunyai pelbagai saiz dari XS sampai XXL sesuai untuk semua jenis badan, kecil hingga besar.

Terdapat hampir 100 warna baju Melayu Slim Fit yang boleh didapatkan di Bulan Bintang dari warna  soft hingga warna bold.

Tambahan, baju Melayu Slim Fit dari Bulan Bintang direka khas supaya mesra wudhu dengan zip tersorok dibahagian lengan untuk memudahkan urusan mengambil wudhu dan di tepi hujung baju juga ada zip bagi memudahkan untuk menyarung pakaian.

  • Baju Melayu Tailored Fit

baju melayu tailored fit

Bezanya baju Melayu Tailored Fit dari Bulan Bintang didatangkan dengan pesak di bahagian sisi baju manakala baju Melayu Slim Fit tiada pesak.

Design croak mustang yang sama di bahagian leher, dengan kolar yang tinggi dan mencekak tengkuk.

Sama juga seperti baju Melayu Slim Fit, baju Melayu Tailored Fit mempunyai zip tersorok dibahagian lengan baju bagi memudahkan urusan mengambil wudhu dan juga zip tersorok di bahagian bawah tepi baju.

Baju Melayu Tailored Fit menggunakan Italian avanti fabric dan mempunyai lebih dari 40 warna untuk dipilih.

 

Tips Memilih Warna Baju Melayu Mengikut Tona Kulit

Pemilihan warna yang tepat akan menampakkan si pemakai kelihatan lebih menyerlah, segak dan kemas.

Mari kita lihat warna baju yang sesuai untuk jenis kulit di bawah:

  • Kulit Sawo Matang

Rata-rata orang Melayu di Malaysia adalah berkulit sawo matang iaitu lebih kepada coklat kekuningan.

Pemilihan warna ungu, kuning dan hijau sangat sesuai untuk kulit sawo matang tampil lebih menyerlah.

Sebaiknya elak pakai warna kelabu, coklat atau kemerah-merahan kerana akan menampakkan si pemakai lebih kusam dan tidak bermaya. 

  • Kulit Cerah

Tidak lupa juga ramai yang berkulit cerah di Malaysia.

Bagi individu yang berkulit cerah tiada masalah untuk memilih warna dan sangat mudah untuk dipadankan dengan semua warna tak kira warna gelap atau cerah.

Nak nampak lebih cantik lagi pakai warna pastel untuk tampil lebih berseri di pagi raya. 

  • Kulit Gelap

Orang yang berkulit gelap selalu pilih warna hitam supaya tidak perlu pening kepala untuk fikir.

Oleh itu, kami bagi panduan untuk anda pilih warna mengikut kesesuaian warna kulit anda.

Untuk individu yang berkulit gelap pula sesuai dipadankan dengan warna tanah dan lembut supaya tampil lebih ceria. Contohnya warna merah marun, biru, dan coklat.

Tapi ini hanyalah panduan sahaja. Ikut citarasa anda juga, jika anda rasa warna itu sesuai dengan anda dan tampil lebih menyerlah.

 

Sebagai penutup artikel ini, terdapat pelbagai jenis baju Melayu di pasaran dan pakailah mengikut kesesuaian badan anda.

Kita bukan sahaja tunggu waktu raya untuk membeli baju Melayu kan? Hari biasa pun boleh pakai baju Melayu terutamanya hari Jumaat atau kenduri-kendara.

Jika anda ingin menambah koleksi baju Melayu, anda boleh layari laman web rasmi Bulan Bintang HQ.

Sekarang terdapat koleksi baru di Bulan Bintang iaitu baju Melayu untuk pengantin (bridal collection).

Jangan lupa beli baju Melayu awal supaya tidak kehabisan stock. Seperti sedia maklum baju Melayu Bulan Bintang laku keras setiap tahun! Jom beli awal sebelum stock habis!

JOM BELI BAJU MELAYU BULAN BINTANG!