Baju Melayu Nikah Bulan Bintang Untuk Hari Istimewa Anda

baju melayu nikah

Terdapat pelbagai perkara yang perlu dilakukan seperti mencari Baju Melayu Nikah supaya hari perkahwinan anda berjalan dengan lancar.

Ini merupakan salah satu langkah yang sangat penting untuk memastikan pengantin lelaki selesa sepanjang majlis berjalan pada hari tersebut.

Di dalam artikel ini, kami akan mencadangkan kepada anda beberapa pilihan Baju Melayu Nikah dari Bulan Bintang yang anda boleh beli. Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

Baju Melayu Nikah RTW

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis baju melayu yang anda boleh pilih. Antaranya adalah Baju Melayu Cekak Musang , Baju Melayu Batik dan Baju Melayu Moden.

Kami akan menerangkan tentang tiga jenis Baju Melayu Nikah yang menarik untuk anda.

  • Baju Melayu Slim Fit
baju melayu nikah

Baju Melayu Nikah yang pertama yang anda boleh dapat di Bulang Bintang adalah Baju Melayu Slim Fit.

Ia terinspirasi dari design Cekak Musang tetapi sedikit berbeza kerana ia direka khas mengikut bentuk badan tanpa pesak.

Terdapat hampir 100 warna Baju Melayu jenis ini yang anda boleh beli dari kami. Ia terdiri daripada pelbagai jenis warna seperti warna bold dan warna soft.

Material yang digunakan adalah breathable Korean royal versace, tidak panas dan tidak jarang. Anda juga tidak perlu risau kerana terdapat pelbagai jenis saiz iaitu dari saiz XS hingga XXL.

Ia juga sangat menarik kerana mesra wudhu kerana memiliki zip tersorok dibahagian lengan untuk memudahkan urusan mengambil wudhu.

Terdapat juga zip di tepi hujung Baju Melayu Nikah untuk memudahkan anda menyarung baju.

  • Baju Melayu Tailored Fit
baju melayu nikah

Baju Melayu Nikah yang kedua adalah Baju Melayu Tailored Fit. Ia berbeza dengan baju melayu slim fit kerana ia mempunyai pesak.

Ia mempunyai design corak mustang yang sama di bahagian leher, dengan kolar yang tinggi dan mencekak tengkuk.

Baju Melayu ini juga mesra wudhu dengan mempunyai zip tersorok untuk memudahkan urusan anda pada majlis anda.

  • Baju Melayu Teluk Belanga
baju melayu teluk belanga

Baju yang terakhir adalah Baju Melayu Teluk Belanga. Ia juga dikenali sebagai baju melayu johor dan sesuai untuk dijadikan Baju Melayu Nikah.

Ia mempunyai satu butang di bahagian leher dan biasanya baju di luar samping.

Seperti pilihan Baju Melayu di atas , terdapat juga pelbagai jenis warna yang anda boleh pilih supaya dapat warna yang paling sesuai untuk anda.

Elakkan Kesilapan Ini Ketika Beli Baju Melayu Nikah!

Sebelum anda membeli Baju Melayu Nikah untuk anda, terdapat beberapa tips yang anda perlu tahu supaya dapat pilihan yang paling baik untuk anda.

1. Buat Kajian

Sebelum anda membeli barang seperti kereta atau smartphone, sudah pasti anda akan membuat kajian atau perbandingan harga sebelum membuat keputusan.

Anda juga disarankan untuk melakukan perkara ini apabila anda mencari Baju Melayu Nikah. Ini kerana terdapat pelbagai jenis baju dari pelbagai jenama.

Bukan semua mempunyai kualiti yang sama. Oleh itu, pastikan anda membuat kajian yang betul supaya dapat Baju Melayu Nikah yang berkualiti tinggi.

2. Tetapkan Bajet

Anda juga perlu menetapkan bajet anda sebelum mencari Baju Melayu untuk majlis seperti ini. Ini untuk memastikan anda telah simpan duit yang cukup untuk mencari baju.

Jika  tidak, ia adalah berisiko kerana boleh menyebabkan anda tidak cukup duit untuk cari baju yang berkualiti.

Oleh itu, bincang dengan planner majlis anda tentang bajet supaya tidak terlebih belanja.

3. Luaskan Pilihan

Jika anda jenis yang suka kepada satu corak atau gaya sahaja, ia sangat merugikan. Ini kerana terdapat pelbagai jenis Baju Melayu ini seperti yang kami telah menyatakan dalam artikel ini.

Anda disarankan untuk mencuba pakai semua jenis baju kerana yang paling sesuai adalah mungkin baju yang anda tidak pernah pakai lagi.

Begitu juga bagi pilihan warna. Terdapat mereka yang hanya suka warna gelap atau warna cerah. Dengan ini, ia bilih menghadkan pilihan anda.

Tetapi bagi Baju Melayu untuk majlis ini, anda disarankan untuk mencuba semua warna untuk memastikan ia sesuai dengan warna pelamin atau tema majlis perkahwinan anda.

4. Beli Last-Minute

Anda juga sangat dinasihatkan untuk tidak mencari baju last-minute kerana ia boleh membawa risiko yang tinggi. 

Risiko yang dimaksudkan adalah tidak dapat saiz atau warna yang diingini. Ini kerana baju yang berkualiti mungkin akan habis stok dengan cepat.

Oleh itu, selepas sahaja anda selesai menempah dewan dan telah menetapkan tarikh perkahwinan, segeralah cari Baju Melayu untuk majlis anda. 

Kesimpulannya, mencari Baju Melayu Nikah adalah satu perkara yang sangat penting untuk memastikan anda bahagia pada hari istimewa anda.

Jika anda mencari Baju Melayu untuk majis seperti ini, anda boleh ke Bulan Bintang seperti yang kami telah menyatakan sebelum ini!

Selain dari baju untuk kaum lelaki, kami juga menjual baju kurung yang cantik untuk kaum wanita dan juga untuk kanak-kanak.


Jadi apa lagi anda tunggu? Sila ke laman web kami untuk lihat katalog penuh kami.