Jom Pakai Baju Melayu Teluk Belanga Pada Hari Pertama Aidilfitri

bulan bintang

Masihkah anda ingat penangan Beto Kusyairy memperagakan Baju Melayu Teluk Belanga untuk jenama pakaian Bulan Bintang?

Penampilannya yang segak dan memikat hati mendapat pujian netizen sekaligus mencetuskan minat untuk memiliki koleksi eksklusif ini.

Merancang penampilan terbaik untuk Hari Raya bukanlah sekadar rutin, tetapi satu kewajipan untuk memeriahkan suasana kegembiraan.

Disini kami nak mengajak anda untuk jadi team pakai Baju Melayu Teluk Belanga di hari lebaran nanti.

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang

Bulan Bintang tekad untuk melahirkan semula kesegaran busana Melayu dengan memperkenalkan Baju Melayu Teluk Belanga.

Baju Melayu ini mempunyai potongan yang lebih longgar dan bersiluet lebar.

Ia menyerlahkan gaya klasik dengan kolar yang tinggi dan lurus, serta potongan baju yang melebar ke bawah.

Jika anda mencari baju melayu yang segak dan selesa dipakai, Baju Melayu di Bulan Bintang pilihan yang tepat!

  • Reka Bentuk yang Memukau

Baju Melayu Bulan Bintang ini dapat memikat hati dengan reka bentuknya yang kemas.

Setiap jahitan dipertimbangkan dengan teliti, menonjolkan kehalusan dan ketelitian dalam setiap inci kain.

Pilihan warna yang pelbagai dan cutting yang selesa memberikan tampilan yang bersahaja namun tetap menonjol.

  • Kualiti Kain Terbaik
kain bulan bintang

Bulan Bintang amat mementingkan kualiti kain pada setiap koleksi pakaian.

Seperti Baju Melayu Teluk Belanga ini, diperbuat daripada kain berkualiti tinggi yang memberikan keselesaan sepanjang hari.

Kain yang dipilih tidak hanya memberikan rasa keselesaan, tetapi juga mengekalkan warna walaupun selepas beberapa kali cucian.

Ini menjadikan baju melayu ini pilihan yang tepat untuk menemani anda dalam pelbagai majlis dan perayaan.

  • Pelbagai Pilihan Saiz dan Warna

Bulan Bintang memahami kepelbagaian bentuk badan dan gaya setiap individu.

Oleh itu, koleksi baju melayu ini hadir dalam pelbagai pilihan saiz dan warna yang menepati citarasa anda.

Anda boleh memilih saiz daripada XS sehingga 5XL! Manakala terdapat dalam 17 warna yang menjadikan anda rambang mata.

  • Harga Mampu Milik

Bulan Bintang mengutamakan kepuasan pelanggan dengan tidak hanya menyediakan produk berkualiti tinggi tetapi juga dengan harga yang kompetitif.

Koleksi ini menawarkan nilai yang berpatutan, membolehkan anda tampil bergaya di hari raya.

  • Cara Membeli Secara Online yang Mudah

Bulan Bintang memudahkan anda untuk memiliki Baju Melayu dengan menyediakan platform pembelian online yang mesra pengguna.

Anda boleh melihat koleksi ini, membuat pembelian dengan mudah, dan menikmati penghantaran yang cepat ke pintu rumah anda.

Koleksi Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang

Bulan Bintang bukan hanya menawarkan penampilan yang anggun, tetapi juga memberikan keselesaan maksimum.

Berikut adalah butiran lebih lanjut mengenai ciri-ciri produk:

Bahagian Atas:

  • Teluk Belanga collar dengan butang kayu yang menarik perhatian.
  • 2 poket hadapan yang berfungsi dengan reka bentuk yang praktikal.
  • Potongan reguler memberikan ruang yang mencukupi untuk keselesaan lebih, dan sisi celah memudahkan pergerakan.

Bahagian Bawah:

baju melayu teluk belanga
  • 2 poket sisi yang berfungsi untuk memberikan kepraktisan tambahan.
  • Potongan lurus pada kaki seluar memberikan gaya yang klasik dan selesa.

Bahan:

  • Diperbuat daripada material premium iaitu 100% Egyptian Viscose Cotton. Lebih lembut, tahan lama dan kelihatan lebih mewah.

Warna:

  • Warna produk mungkin berbeza sedikit daripada yang terlihat disebabkan oleh faktor pencahayaan.

Koleksi ini tidak hanya menonjolkan reka bentuk yang indah, tetapi juga memberikan kepraktisan sepanjang hari.

Dengan potongan klasik dan bahan berkualiti tinggi, Bulan Bintang pilihan sempurna untuk anda.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki pakaian tradisional yang memberikan sentuhan kemodenan, serta seiring dengan trend fesyen terkini.

Sertailah Team Baju Melayu Teluk Belanga dan jadikan setiap detik Aidilfitri lebih bermakna dengan penampilan yang memukau dan berkelas.

Selain Baju Melayu, terdapat pelbagai variasi dan warna menarik untuk pilihan Baju Kurung bagi semua peringkat umur.

Layari laman web Bulan Bintang untuk cuci mata melihat koleksi pakaian raya yang ada untuk anda sekeluarga!

Shopping Baju Melayu Teluk Belanga Di Bulan Bintang