Bulan Bintang Kongsi Persiapan Cari Baju Raya Terrrpaling Raya!

bulan bintang

Membeli pakaian baru sebagai baju raya dianggap sebagai simbol untuk merayakan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Ia selaras dengan semangat untuk menghidupkan sunnah berhias dengan pakaian-pakaian yang baru dan cantik.

Mencari dan membeli baju raya yang cantik dan mampu milik sudah tentu menjadi salah satu persiapan yang dinanti-nantikan.

Jadi, apa kata kami kongsi beberapa tips supaya persiapan baju raya kali ni lebih teratur dan penuh gaya!

6 Tips Sebelum Beli Baju Raya

1. Mulakan Awal

Mulakan proses membeli baju raya anda seawal mungkin. Sebelum awal bulan Ramadan lagi anda boleh memulakan pencarian. Jadi, anda ada lebih banyak peluang untuk mencari pilihan yang sesuai dengan minat dan saiz anda.

2. Tentukan Gaya Pilihan

Sebelum memulakan perjalanan beli-belah, tentukan gaya pakaian raya yang anda inginkan. Adakah anda lebih suka busana tradisional, moden, atau mungkin kombinasi keduanya? Keputusan ini akan membantu mempercepat proses memilih baju.

3. Sesuaikan Warna dengan Tema Raya

Warna memainkan peranan penting dalam mencipta suasana Raya yang meriah. Anda rasa raya tahun ini, warna apa yang menjadi trending dalam kalangan rakyat Malaysia? Admin rasa salah satunya warna orange brick!

4. Utamakan Keselesaan

Meskipun ingin bergaya, pastikan baju Aidilfitri yang dipilih tetap selesa dipakai sepanjang hari. Pastikan kainnya tidak menyebabkan ketidakselesaan dan memberikan kebebasan pergerakan.

5. Sesuaikan Dengan Bajet

Tetapkan anggaran yang munasabah untuk pembelian baju Aidilfitri anda. Ini akan membantu anda untuk fokus mencari pakaian yang sesuai dengan bajet yang telah ditetapkan.

6. Ambil Kira Tempoh Penghantaran

Jika membeli secara online, usahakan untuk membuat pembelian awal. Ini untuk memastikan baju raya sampai pada masanya dan mengelakkan sebarang kelewatan yang tidak diingini.

Untuk Raya 2024, apa kata anda dan keluarga sama-sama memakai baju raya daripada Bulan Bintang. Mesti meriah!

New Release Baju Raya di Bulan Bintang

Pada 3 Februari ini, Bulan Bintang akan mengeluarkan koleksi baju raya bagi tahun 2024!

  • Baju Melayu Slim Fit
  • Baju Melayu Tailored Fit
  • Baju Melayu Kids
  • Baju Kurung Mak & Anak

Apa yang istimewanya kali ini?

1. 70 Warna Warni Aidilfitri

Ada 70 warna buat suasana Raya lebih meriah. Dengan pilihan warna yang banyak, mudah untuk sedondon satu keluarga.

2. Sedondon Baju Melayu Slim Fit & Tailored Fit Bersama Baju Melayu Budak

baju raya

Matchy-matchy dengan family! Baju Melayu Slim Fit & Tailored Fit untuk yang dewasa ada warna yang seragam untuk Baju Melayu Budak.

3. Saiz Baju Melayu Sehingga 5XL

baju melayu 5xl

Gaya tak terhad untuk semua saiz. Pilihan saiz sampai 5XL,  jadinya ada saiz untuk setiap orang.

4. Zip Extender

Bawak keselesaan ke next level dengan zip extender. Stail takkan berpisah daripada keselesaan.

Kelebihan Membeli Baju Raya Daripada Bulan Bintang

Bulan Bintang berusaha untuk memberikan pengalaman dan kepuasan pembelian yang terbaik kepada setiap pelanggan.

1. Kain Baru

Koleksi baju Melayu daripada Bulan Bintang memperkenalkan kain-kain baru yang berkualiti tinggi.

2. Kualiti Lebih Baik

Baju tahun ini memberikan kualiti yang lebih baik seperti penggunaan material yang tahan lasak dan selesa.

3. Cutting Ditambah Baik

Cutting baju diperbaharui untuk memastikan potongan yang lebih kemas dan selesa.

4. Free Gift

Terdapat pembelian yang disertakan dengan free gift eksklusif seperti butang dan sampin terrrpaling raya.

Beli Baju Raya Dengan Mudah

Untuk mendapatkan baju raya daripada Bulan Bintang, anda boleh membeli secara online atau mengunjungi butik rasmi di beberapa lokasi.

  • Pembelian melalui ecommerce rasmi di Website & TikTok
  • Mengunjungi Butik Rasmi Bulan Bintang
  1. Bangi
  2. Ukay Boulevard
  3. Senawang
  4. Kelantan
  5. Johor Bahru
  6. Shah Alam
  7. Melaka
  8. Sungai Petani
  9. Alor Setar
  10. Penang
  11. Terengganu

Layari Bulan Bintang HQ untuk melihat semua koleksi Raya 2024!