7 Cara Tepat dan Betul Pilih Baju Kurung Songket

baju kurung songket

Pemakaian baju tradisional masih menjadi ‘trend’ masa kini, seperti rekaan baju kurung songket yang membawa imej klasik dan elegan. 

Namun, adakah anda tahu bagaimana nak dapatkan pilihan yang tepat dan betul? Jika tidak, artikel ini tepat untuk anda.

Pemilihan pakaian songket harus dipilih dengan tepat, barulah ‘naik seri’, bak kata orang lama. 

Penggunaan kain songket bukan sahaja sesuai dijadikan baju kurung, ada juga yang membuat selendang, tanjak, kain sarung dan pelbagai jenis pakaian tradisional yang lain. 

Kain songket sebelum ini  dijadikan hanya untuk pakaian para bangsawan sahaja. 

Dengan menggunakan campuran benang emas, perak, sutera dan kapas memang jelaslah tinggi nilai estetika bagi kain songket pada ketika itu.

Kini, golongan biasa pun mampu untuk memakai kain songket yang ditenun khas. Memberi imej exclusive, jelaslah ianya sesuai dijadikan busana untuk raja sehari. 

Namun, jika tersalah membuat pilihan, ianya akan membuatkan busana tersebut hilang serinya. Jadi, jom teruskan membaca untuk ketahui cara-cara memilih baju kurung songket yang tepat dan betul.

Cara Memilih Baju Kurung Songket 

1. Tona Warna Yang Hampir Sama 

tona warna

Tona warna memainkan peranan penting apatah lagi jika hendak digayakan sebagai busana raja sehari. 

Jika tersalah pilih warna, ia akan menjadikan si pemakai nampak gelap dan kusam. Juga, gambar semasa majlis akan nampak tidak ceria. 

Bagi menampakkan ciri eksklusif, warna-warna cerah dan lembut sering dijadikan pilihan. Ia membuat si pemakai nampak lebih berseri dan elegan. 

Anda boleh hadkan penggunaan hanya 3 warna sahaja pada busana anda untuk kekal manis bergaya.

2. Konsep Tema

konsep tema perkahwinan

Kebiasaannya, setiap majlis mempunyai tema tersendiri untuk nampak seragam.

Sebagai contoh, majlis hari jadi untuk kanak-kanak yang biasanya mempunyai tema adiwira atau princess

Apatah lagi majlis perkahwinan, lebih cantik jika mempunyai satu tema dan konsep majlis yang tersendiri. 

Namun, bagi memudahkan anda untuk memilih tema untuk pelamin dan kelengkapan majlis, anda boleh memilih busana pengantin anda dahulu. 

Tetapkan dahulu pilihan anda jika mahu kain songket dengan design gaun atau baju kurung tradisional. 

Kemudian, baru padankan dengan kelengkapan majlis yang lain seperti pelamin untuk cita rasa moden atau tradisional.

3. Bajet

Kita selalu dengar pepatah ukur baju di badan sendiri. Cara tenunan kain songket yang lebih halus akan menjadikan harganya semakin tinggi kerana membuahkan hasil yang lebih kemas dan ekslusif. 

Jadi, semasa anda ingin membuat pilihan bagi busana songket, anda harus mengambil kira kos tersebut. Ianya boleh jadi semurah-murah ratusan ringgit hingga ke ribuan ringgit.  

Namun, sudah menjadi kebiasaan untuk mendapatkan semua yang terbaik walaupun dengan harga sedikit mahal untuk majlis perkahwinan sendiri. 

Bak kata orang lama, kahwin hanya sekali.

4. Motif dan Corak yang bersesuaian

Bagi kain songket ada beberapa corak yang menjadi pilihan seperti bunga penuh, bunga tabur, jalur berdiri, pucuk rebung, jalur melintang dan tapak catur. 

Setiap corak dan motif memberi gambaran struktur sosial yang berbeza dalam kalangan bangsawan Melayu terdahulu. 

Bagi pengantin yang mengenakan kain songket yang mempunyai corak-corak yang digunakan pada zaman dahulu, ia memberikan aura-aura kemelayuan tradisional. Sama seperti pakaian orang dahulu.

5. Jenis Material Kain 

kain songket

Material kain songket memang berbeza berbanding dengan jenis kain-kain yang lain. 

Kain tersebut menggunakan jenis benang yang sangat sensitif dengan suhu panas dan mudah terbakar. Corak yang cantik tidak menjamin si pemakai akan berasa selesa.

Ada juga yang terasa gatal jika kulit terus bersentuhan dengan kain tersebut apabila memakainya. Memerlukan si pemakai meletakkan kain alas lembut bagi mengatasi rasa tidak selesa dan gatal. 

Jadi, penting untuk mengetahui cara pemilihan baju kurung songket yang betul.

6. Tidak Terlalu Sarat 

baju kurung songket

Jika kita lihat pada corak yang ada pada kain songket, busana sahaja sudah memadai untuk menampakkan diri seperti raja sehari.

Jadi, elok lah jika tidak memperincikan aksesori sarat dan rumit pada busana anda.

Busana yang diperbuat dari kain songket akan nampak lebih berserabut dan penuh jika ditambah lace atau manik berlebihan. 

Tambahan pula, kebiasaanya set baju songket akan didatangkan dengan aksesori seperti rantai, kerongsang, mahkota dan selendang untuk melengkapkan busana tersebut.

Aksesori ini sudah memadai, jadi cukup sahaja aksesori ini sahaja.

7. Saiz dan Tinggi Badan

baju kurung songket

Sedikit tips bagi yang memilih busana songket di hari bahagia anda. Anda boleh bawakan sekali kasut yang akan dipakai sewaktu majlis. 

Ini kerana kebiasaanya baju songket ni digunakan sewaktu majlis bersanding dan dipakai meleret. 

Jadi, bila anda bawakan sekali kasut semasa mengukur baju, bolehlah tailor mengukur tinggi anda dengan tepat untuk keselesaan anda sepanjang hari. 

Fabrik dan corak songket akan menampakkan si pemakai lebih besar, ianya tidak sesuai bagi yang bertubuh gempal. 

Manakala, fabrik yang lembut akan nampak lebih sesuai untuk yang bertubuh gempal seperti chiffon, sutera, organza dan satin.

Kesimpulan

Sesiapa sahaja ingin tampil cantik dan selesa, tidak kira di hari raya atau sewaktu hari bahagia. 

Oleh sebab itu, pentingnya untuk memilih fabrik yang tepat dan sesuai sewaktu majlis berlangsung. 

logo bulan bintang

Di Bulan Bintang, pelbagai pilihan warna dan design yang menjadi pilihan ramai. 

Bukan sahaja baju kurung songket, baju melayu bersama sampin songket untuk dewasa dan kanak kanak juga ada. Jika anda mencari pilihan baju songket yang cantik dan menarik, anda boleh ke media sosial Bulan Bintang HQ atau ke website rasmi di sini.