Fakta Menarik Negara Jiran Sambut Ramadan

Fakta Menarik Negara Jiran Sambut Ramadan

Ramadan adalah bulan diwajibkan puasa ke atas umat Islam di seluruh dunia. Ia disambut pada bulan kesembilan dalam kalender Islam dalam tempoh sebulan. Bagi melengkapkan rukun Islam ketiga ini, setiap umat Islam yang berkemampuan diwajibkan untuk berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Di Malaysia, bazar Ramadhan merupakan antara aktiviti dan daya penarik dalam kalangan masyarakat apabila tibanya bulan puasa. Ini kerana bukan hanya umat Islam, malah rakyat Malaysia berbilang kaum dan bangsa juga turut meraikan kemeriahan bazar Ramadhan ini. Antara bazar Ramadhan yang terkenal di sekitar Lembah Klang adalah di Seksyen 13, Shah Alam, Taman Melawati, Greenwood, Gombak, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi dan banyak lagi.

bazaar ramadan malaysia

Tetapi, bagaimana pula dengan sambutan bulan Ramadan di negara-negara lain? Sambutan di negara-negara jiran kita seperti di Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Myanmar dan Indonesia tidak kurang meriahnya yang penuh dengan keunikan tersendiri. Berikut kami kongsikan fakta menarik sambutan bulan Ramadan di beberapa negara jiran yang pasti ramai tidak tahu.

1. Indonesia

Di Indonesia, sambutan bulan Ramadan adalah sangat meriah terutamanya di wilayah-wilayah negara itu. Setiap suku kaum mempunyai tradisi tersendiri untuk meraikan bulan penuh mulia ini. Berikut adalah lima tradisi yang dijalankan di Indonesia sempena bulan Ramadan:

• Tradisi Nyadran (Jawa Tengah & Yogjakarta)

sambutan ramadan di indonesia

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, masyarakat Jawa khususnya di Jawa Tengah dan Yogjakarta akan menjalankan tradisi Nyadran, iaitu aktiviti membersihkan kubur ahli keluarga dan diikuti dengan majlis tahlil.

Tradisi ini dilakukan bagi memberi penghormatan kepada ahli keluarga yang telah tiada di samping membersihkan diri (dengan membersihkan kubur) menjelang bulan Ramadan.

• Tradisi Padusan (Jawa)

sambutan ramadan di jawa

Tradisi Padusan merupakan antara tradisi unik yang diamalkan di Jawa.Padusan merupakan aktiviti mandi dengan niat membersihkan atau menyucikan diri. Kebiasaannya, tradisi ini dilakukan di tempat-tempat awam seperti di pantai ataupun sungai.

• Tradisi Meugang (Aceh)

sambutan ramadan di malaysia

Tradisi Meugang ini mula dipraktikkan oleh Kerajaan Aceh sejak 1607-1636 Masihi. Ia adalah tradisi menyembelih haiwan ternakan seperti lembu dan kambing selama tiga kali dalam tempoh setahun. 

Masyarakat setempat akan masak bersama-sama di rumah sebelum membawanya ke masjid untuk berbuka puasa. Tradisi ini biasanya dilakukan bagi menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

• Malamang (Sumatera Barat)

bakar lemang raya

Malamang pula merupakan tradisi di Sumatera Barat di mana aktiviti memasak lemang dijalankan secara beramai-ramai. Aktiviti ini dilakukan sebagai simbolik untuk mengeratkan silaturahim antara keluarga sepanjang bulan Ramadan.

Dalam tradisi ini, setiap orang mempunyai tugasan masing-masing seperti mencari buluh, menjaga kayu api, menyiapkan bahan-bahan lemang dan sebagainya.

• Tradisi Punggahan (Sumatera Utara)

Punggahan merupakan tradisi menyambut Ramadhan di Sumatera Utara. Menurut masyarakat setempat, tradisi punggahan ini dilakukan bagi menaikkan darjat manusia ketika menjalani ibadah di bulan Ramadan.

sambutan ramadan di sumatera

Tradisi ini dilakukan dengan membawa makanan dan berkumpul bersama untuk berbuka puasa di masjid. Punggahan juga disambut dengan menyembelih haiwan ternakan seperti lembu dan kerbau 32 hari sebelum hari pertama Ramadhan.

2. Singapura

menaiki bas

Di Singapura, pelbagai inisiatif dijalankan oleh masyarakat setempat untuk memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadan. Contohnya di Masjid Al-Firdaus di daerah Choa Chu Kang, khidmat bas ulang-alik digunakan bagi memudahkan jemaah hadir ke masjid untuk beribadah terutamanya menunaikan solat sunat terawih.

Sebuah bas yang disewa khas akan mengambil jemaah di 18 perhentian bas berhampiran daerah itu. Bas tersebut boleh menempatkan 75 jemaah pada satu masa.
Khidmat bas ulang-alik itu diteruskan bermula 1 Ramadan hingga 1 Syawal. Sebanyak 1.8 juta ruang solat disediakan bagi umat Islam di seluruh Singapura bagi mengerjakan solat sunat terawih setiap hari.

pesta makan melaysia

Seperti di Malaysia, setiap kali tibanya bulan puasa, bazar-bazar Ramadan antara yang paling ditunggu-tunggu umat Islam di Singapura. Antara kawasan yang popular ialah di Geylang Serai dan Kampong Gelam. Begitu juga di Dewan MIURA, laman pengantin di Jalan Joo Chiat, yang sebelum ini merupakan lokasi utama majlis persandingan, kini bertukar wajah menjadi tarikan pengunjung di bulan Ramadan.

baramhg antik

Turut dijadikan bazar Ramadan adalah ruangan di Lapangan Terbang Changi yang menempatkan 20 gerai menjual pelbagai barangan keperluan Ramadan dan Syawal. Di timur Singapura pula, bazar Ramadan Downtown East turut menjadi tarikan.

Selain itu, kawasan tumpuan bazar Ramadan buat umat Islam di Singapura ialah Bazar Le.git Mall di kawasan perindustrian Woodlands. Sebanyak 200 produk makanan, barangan keperluan Ramadan dan Syawal turut dijual di sini.

3. Brunei

Di Brunei, kurma Nabi diedarkan secara besar-besaran oleh Sultan Brunei. Setiap rakyat termasuk warga asing akan diberikan satu kotak kurma yang diberi nama ‘Kurma Kurnia Sultan’. Sepanjang Ramadan, golongan kurang berkemampuan akan diberikan Kurnia Sultan iaitu bantuan kewangan sebanyak 1,000 ringgit Brunei (BND).

meriam

Di Bandar Seri Begawan, tembakan meriam dilepaskan pada malam pertama Ramadan. Sepanjang Ramadan, Istana Nurul Iman dibuka kepada umum untuk melaksanakan solat sunat.

4. Thailand

lembu korban

Pada hari pertama Ramadan, setiap keluarga biasanya akan mengorbankan kepala haiwan ternakan sempena menyambut kedatangan bulan suci ini. Bagi keluarga yang tidak berkemampuan, mereka diminta untuk mengorbankan burung. Tradisi ini telah dipraktikkan bertahun-tahun lamanya.

5. Filipina

pergi masjid tunai solat

Di Filipina khususnya di Metro Manila, Muslim di sini akan berbuka bersama-sama di masjid dan akan sambung makan malam di rumah masing-masing setelah selesai melaksanakan solat terawih. Di Golden Mosque Quiapo, menu berbuka akan disediakan secara berganti oleh pihak kedutaan negara-negara Islam dari Timur Tengah.

Muslim di Pulau Mindanao pula memiliki kebiasaan untuk menembak senjata api untuk menyambut kedatangan bulan suci Ramadan. Walau bagaimanapun, tradisi ini tidak lagi diteruskan kerana lima tahun terakhir berturut-turut lima orang warga Filipina menderita akibat terkena peluru senjata api tersebut.

6. Myanmar

Suasana Ramadan di Myanmar disambut secara sederhana sama seperti hari-hari biasa sahaja. Seperti di Malaysia, terdapat bazar ramadan atau juga dipanggil pasar dadakan yang menyediakan berbagai makanan untuk berbuka puasa. Ratusan pedagang kaki lima mendirikan khemah di sekitar masjid dan pasar tradisional.

goreng pisang
kuih muih india

Di kesempatan ini, kami di Bulan Bintang ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada seluruh peminat, para pelanggan dan keluarga Bulan Bintang yang beragama Islam. Semoga Ramadhan tahun ini memberi keberkatan dan rahmat buat kita semua.

Sumber:

1. Sambut Ramadan Di Negara Jiran? Ini Fakta Menarik Untuk Anda Tahu

2. Ramadan Sederhana Di Filipina

3. Mencari Kuih-Muih Buka Puasa Di Ibu Kota Myanmar