Keunikan Baju Melayu Di Bulan Bintang!

Keunikan Baju Melayu Di Bulan Bintang

Hari Raya Aidilfitri merupakan masa kegembiraan dan perayaan bagi umat Islam di seluruh dunia yang menyambutnya dan antara pakaian utama adalah baju kurung dan baju melayu di bulan bintang.

Aidilfitri yang diraikan setahun sekali bersama keluarga dan kenalan tersayang semestinya memberikan makna yang besar buat semua. Oleh itu, pasti ramai yang mahu menggayakan rekaan baju yang cantik dan selesa sepanjang lebaran. 

Seiring dengan permintaan pengguna, Bulan Bintang yang terkenal dengan tagline baju melayu “tak ketat, tak sendat, baju melayu tanpa logo” juga tidak ketinggalan untuk memenuhi kehendak pasaran. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 6 keunikan baju Melayu Bulan Bintang yang menjadi tarikan ramai. 

1. Baju Melayu tanpa logo

Baju Melayu Di Bulan Bintang

Kebanyakan baju Melayu yang dijual di pasaran mempunyai logo yang besar dan terlalu menonjol. Orang ramai berpendapat bahawa baju Melayu akan tampak lebih eksklusif tanpa sebarang logo mahupun design. Ini bagi mengekalkan ciri-ciri asal baju Melayu dari zaman ia diperkenalkan.

Oleh itu, Bulan Bintang mengambil inisiatif untuk menghasilkan baju Melayu tanpa logo dan sehingga kini ia menjadi pilihan dan kegemaran orang ramai setiap kali menjelang hari Raya. 

2. Percuma butang baju & kotak eksklusif

material Baju Melayu Di Bulan Bintang

Namun, setiap pembelian di butik mahupun website, semua pelanggan akan menerima satu set percuma butang baju eksklusif yang mempunyai logo Bulan Bintang.

packaging Baju Melayu Di Bulan Bintang

Bukan itu sahaja, untuk tahun 2023 ini, Bulan Bintang turut memperbaharui rekaan kotak yang lebih menarik dan eksklusif dengan penggunaan warna yang lebih fresh sesuai untuk dihadiahkan kepada yang tersayang. 

3. Dua (2) jenis potongan & ciri-ciri istimewa

Keunikan Baju Melayu Di Bulan Bintang
design Baju Melayu Di Bulan Bintang

Potongan baju Melayu Slim Fit

Bulan Bintang terkenal dengan baju Melayu Cekak Musang slim fit dan tailored fit. Perbezaan utama antara kedua-dua potongan ini adalah pada ukuran baju. Bagi ukuran baju Melayu slim fit, ia direka mengikut bentuk badan tanpa pesak, tetapi masih mengekalkan keselesaan pada pemakai untuk tidak berasa ketat. 

baju melayu slimfit bulan bintang
design baju melayu slimfit bulan bintang

Potongan baju Melayu Tailored Fit

Baju Melayu tailored fit pula didatangkan dengan pesak di bahagian sisi baju sesuai untuk mereka yang lebih gemarkan potongan yang loose.

Kedua-dua potongan baju Melayu slim fit dan tailored fit mempunyai ciri-ciri istimewa iaitu hidden zip pada sisi baju Melayu yang memberi kemudahan buat si pemakai untuk bergerak aktif sepanjang hari. 

Bukan itu sahaja, hidden zip di lengan baju Melayu tailored fit dan slim fit ini juga direka khas untuk memudahkan si pemakai mengambil wuduk tanpa perlu bersusah payah melipat lengan baju. 

Pinggang seluar untuk kedua-dua potongan baju Melayu ini juga didatangkan dengan elastic waistband yang dilengkapi dengan zip dan dua cangkuk.

4. Fabrik/kain berkualiti tinggi

Penggunaan fabrik Royal Versace untuk baju Melayu slim fit dan fabrik Italian Avanti untuk baju Melayu tailored fit menjanjikan keselesaan kepada si pemakai serta ia sesuai digayakan dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia.

5. Pelbagai pilihan warna dan saiz

baju melayu bulan bintang

Baju Melayu Bulan Bintang 2023 didatangkan dengan pilihan warna dari warna soft hingga bold.

6. Koleksi baju Raya sedondon lengkap seisi keluarga

baju raya sedondon bulan bintang

Bulan Bintang turut menyediakan koleksi Raya sedondon yang lengkap untuk seisi keluarga di pagi Hari Raya nanti. Koleksi kanak-kanak bermula dari 0-1 tahun sehingga 13 tahun manakala dewasa dari XS-5XL. 

Tunggu apa lagi? Jom tampil lebih kacak dan bergaya di hari lebaran nanti bersama Bulan Bintang.

Anda boleh dapatkan koleksi Baju Melayu Bulan Bintang 2023 daripada ejen yang sah atau di butik rasmi Bulan Bintang di seluruh Malaysia. Cawangan butik kami bertempat di Bangi, Ukay Boulevard, Shah Alam, Johor Bahru, Kubang Kerian, Senawang, Kedah, Penang dan Melaka.

Anda juga boleh buat pembelian secara atas talian dengan menekan pautan di bawah.

 [Saya Nak Beli Baju Melayu Bulan Bintang Sekarang!]