Khidmat Pelanggan Bulan Bintang 24 Jam: Sedia Membantu Anda!

Khidmat Pelanggan Bulan Bintang 24 Jam: Sedia Membantu Anda!

Khidmat pelanggan adalah amat penting bagi pengguna website kerana ia memberikan sokongan dan bantuan kepada pengguna dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi semasa menggunakan website tersebut.

Antara khidmat pelanggan yang boleh diberikan ialah seperti menyediakan bantuan teknikal, menjawab soalan dan pertanyaan pengguna, mengendalikan aduan dan permintaan, serta memberikan panduan tentang cara menggunakan website tersebut.

Khidmat pelanggan memainkan peranan yang sangat penting kerana ia berkait rapat dengan hubungan pengguna dan sesebuah perniagaan. Di Bulan Bintang, kami menyediakan khidmat pelanggan yang beroperasi sepanjang tempoh 24 jam. Matlamat Bulan Bintang adalah untuk memberikan pengalaman dan kualiti yang terbaik kepada semua, bukan sahaja melalui produk tetapi juga melalui perkhidmatan yang disediakan. Ini termasuk penghantaran yang pantas serta polisi pertukaran yang fleksibel. Untuk pengetahuan, statistik laporan pengguna di Bulan Bintang adalah kurang dari 2%.

Cara untuk anda hubungi Customer Service Bulan Bintang adalah sangat mudah dan berikut kami kongsikan langkah-langkahnya: 

1. Tekan link di bio Instagram Bulan Bintang dan klik butang Customer Service

Khidmat Pelanggan Bulan Bintang

2. Scan QR code di tag baju

Khidmat Pelanggan Bulan Bintang

3. Scan QR code di return form 

Bagi setiap pembelian baju, anda akan menerima return form untuk diisi sekiranya terdapat sebarang masalah dengan produk yang diterima

bulan bintang return policy

4. Pembelian di butik Bulan Bintang 

Bagi pembelian di butik Bulan Bintang, pengguna diminta untuk turut menghubungi khidmat pelanggan kami bagi sebarang urusan. Caranya adalah sama, anda boleh scan QR code di tag baju.

baju melayu raya bulan bintang

Untuk semua isu berkaitan, anda boleh hubungi Customer Service Bulan Bintang HQ dalam tempoh 7 hari selepas produk diterima. Anda perlu pastikan bahawa returned item dalam keadaan yang masih baik, tidak dicuci, tidak dipakai dan masih pembungkusan asal yang tidak rosak.

Bulan Bintang sangat menitikberatkan kepuasan dan hak pelanggan agar anda terus setia dan kekal menyokong jenama Bulan Bintang sebagai pilihan nombor satu di hati anda. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik demi memenuhi keperluan anda.Â