Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!

Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!

Konsert Malam Bulan Bintang yang diadakan di Axiata Arena, Bukti Jalil  dengan kerjasama daripada Mego Live serta rakan radio rasmi Hot FM telah melabuhkan tirainya pada 4 Mac 2023 dengan sebuah kenangan penuh magis.

Meskipun konsert ini berkongsi tarikh sama dengan konsert Blackpink World Tour, ia bukan kekangan bagi lebih 8000 penonton untuk hadir menyaksikan konsert Malam Bulan Bintang khususnya peminat-peminat artis terkemuka tanah air seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ M. Nasir, Salammusik, Raihan ft Alif Satar & The Locos, Faizal Tahir, serta dua orang penyanyi hebat yang diterbangkan dari Indonesia iaitu Opick dan Sabyan. 

Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!

Semua penonton yang hadir bukan sahaja dapat menyaksikan persembahan artis semata-mata, malah mereka dapat merasai kelainan di mana layout pentas dan tempat duduk penonton adalah bersudut 360 darjah yang pastinya menjadi momen paling diingati. 

Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!
Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!

Seleksi lagu-lagu hit daripada setiap artis serta sistem bunyi 360 darjah yang diiringi ensembel muzik orkestra dan gubahan muzik daripada Cha’an telah memberi satu kepuasan buat semua yang menghadiri konsert Malam Bulan Bintang ini.

Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!
Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!

Bukan itu sahaja, di pertengahan konsert, kami bawakan sekali lagi pentas pertunjukan fesyen Bulan Bintang yang sebelum ini diadakan di KL Tower. Jadi, begitu bertuah buat mereka yang hadir ke konsert Malam Bulan Bintang kerana dapat melihat koleksi-koleksi yang diperagakan secara live.

Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!

Konsert Malam Bulan Bintang dihangatkan dengan persembahan pembukaan yang penuh memukau daripada penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang mendendangkan lima buah lagu iaitu Anta Permana, Purnama Merindu, Insan, Medley Mikraj Cinta & Bashirah dan Cindai.

Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!
Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!

Konsert kemudiannya bergema dengan persembahan penuh bertenaga daripada Salammusik yang menyanyikan lagu Malam Terlerai, Arus, Berkah, Di Tengah Malam, Bangkit, Cerita Kedai Kopi dan lagu popular, Aku Pelat.

Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!
Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!

Persembahan diteruskan lagi dengan nyanyian daripada Faizal Tahir dan Sabyan. Lagu-lagu yang dipersembahkan oleh mereka telah memukau peminat yang hadir di konsert Malam Bulan Bintang untuk tidak henti-henti sing-along.

Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!

Sorakan daripada penonton tidak henti-henti kedengaran sepanjang lima jam konsert ini berlangsung. Turut dilihat mencuri tumpuan di konsert ini adalah sesi perkongsian daripada Bro Amin, seorang penceramah bebas apabila beliau berkongsi nasihat-nasihat pendek berkenaan perbaiki diri dan sabar sempena bulan Ramadan yang hampir tiba.

Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!
Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!

Turut membuat persembahan pada konsert Malam Bulan Bintang adalah sifu muzik tersohor tanah air, Dato’ M. Nasir dan penyanyi lagu dakwah Indonesia, Opick. Axiata Arena terus bergegar dengan sing-along semua peminat yang hadir.

Persembahan terakhir daripada Raihan ft Alif Satar & The Locos telah meninggalkan kenangan berharga apabila mereka menyampaikan lagu-lagu penuh syahdu antaranya Assolatuwassalam, Thank You Allah, Imam Mutiara, 25 Rasul, Sesungguhnya dan Medley Puji-Pujian & Syukur. 

Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!
Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!
Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!
Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Cipta Fenomena!

Konsert penuh warna-warni yang diacarakan oleh Uyaina Arshad dan Fizi Ali turut dihadiri oleh barisan duta Bulan Bintang 2023 iaitu Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Hannah Delisha, Beto Kusyairy serta pelakon yang semakin meningkat naik menerusi drama siri Projek High Council, Nadhir Nasar dan Mierul Aiman.

Walaupun baru pertama kali jenama Bulan Bintang menganjurkan konsert seperti ini, ternyata ia merupakan sebuah konsert yang berjaya dan telah mencipta fenomena sendiri. Bagi yang tidak tahu, sebelum ini, jenama Bulan Bintang telah melakar sejarah kerana telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records sebagai satu-satunya jenama tempatan Malaysia yang mempertontonkan pertunjukan dron terbanyak iaitu sebanyak 350 buah dron. 

Semoga Bulan Bintang berpeluang untuk menganjurkan konsert berskala mega seperti ini pada tahun-tahun yang akan datang dengan misi untuk melangkah keluar dari zon selesa dan tampil berbeza berbanding jenama tempatan yang lain.