Saiz Bukan Penghalang Untuk Bergaya

Saiz Bukan Penghalang Untuk Bergaya

Memiliki badan bersaiz besar (plus size) bukanlah penghalang untuk para jejaka tampil bergaya di pagi Syawal nanti. Namun, kesukaran untuk membeli koleksi baju Raya bersaiz besar menyebabkan ramai golongan yang berbadan comel ini menjadi kurang yakin untuk berfesyen.

Dengan pemilihan pakaian yang betul, kini para lelaki bersaiz besar juga boleh tampil lebih tampan dan bergaya bukan sahaja di pagi Hari Raya, bahkan untuk ke majlis-majlis rasmi.

Saiz Bukan Penghalang Untuk Bergaya

Di Bulan Bintang, kami menyediakan koleksi baju Melayu tailored fit yang sesuai untuk semua jenis bentuk badan termasuk plus size yang bermula dari saiz 2XL hingga 5XL! Jadi tiada alasan lagi untuk anda tampil bergaya di pagi hari Raya.

Baju Melayu tailored fit di Bulan Bintang bukan sahaja selesa dan cantik, malah ia direka dengan gaya dan cita rasa terkini agar si pemakai dapat tampil dengan lebih segak.

Saiz Bukan Penghalang Untuk Bergaya
Saiz Bukan Penghalang Untuk Bergaya

Dengan pesak dan hidden zip yang terdapat pada sisi baju Melayu tailored fit ini, ia memberi keselesaan kepada si pemakai untuk menggayakannya selain untuk bergerak aktif sepanjang hari. Bukan itu sahaja, hidden zip di lengan baju Melayu tailored fit ini juga direka khas untuk memudahkan si pemakai mengambil wuduk tanpa perlu bersusah payah melipat lengan baju. 

Pinggang seluar baju Melayu ini juga didatangkan dengan elastic waistband yang dilengkapi dengan zip dan dua cangkuk. Dengan penggunaan fabrik Italian Avanti, pastinya akan membuatkan si pemakai berasa ringan, sejuk dan selesa.

Saiz Bukan Penghalang Untuk Bergaya

Baju Melayu tailored fit kegemaran ramai ini didatangkan dengan 54 pilihan warna eksklusif. Anda boleh dapatkan koleksi baju Melayu tailored fit daripada ejen yang sah atau di butik rasmi Bulan Bintang di seluruh Malaysia. Cawangan butik kami bertempat di Bangi, Ukay Boulevard, Shah Alam, Johor Bahru, Kubang Kerian, Senawang, Kedah, Penang, Melaka, Kelantan dan Terengganu.

Untuk lihat koleksi penuh baju Melayu tailored fit plus size, anda boleh klik pada pautan di bawah.

 [Saya Nak Dapatkan Koleksi Baju Melayu Plus Size Bulan Bintang!]