Gaya Padanan Kurta Untuk Semua Majlis

kurta bulan bintang 2023

Kurta merupakan pakaian tradisional masyarakat benua kecil India yang diteraju masyarakat Afghanistan, Bangladesh, India, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka. Pemakaian kurta yang boleh digayakan dengan pelbagai jenis seluar seperti khaki, slack atau jean menjadikan kurta sebagai pilihan utama para jejaka untuk menggayakannya.

Ini kerana kurta bukan sahaja sesuai untuk digayakan semasa musim perayaan, malah ia boleh digayakan sebagai casual wear untuk urusan rasmi atau harian seperti ke solat Jumaat ataupun ke majlis kenduri. 

Bulan Bintang menyediakan koleksi #kurtafavourite yang sesuai digayakan untuk semua jenis majlis. Jahitan yang kemas serta material kurta yang diperbuat daripada 100% cotton pastinya akan membuatkan anda berasa selesa dan tidak panas jika ingin gayakannya sepanjang hari.

1. Rekaan kurta lengan panjang berleher Teluk Belanga

Koleksi rekaan kurta ini sesuai digayakan untuk majlis atau acara tidak formal dan bersifat lebih kasual. Walaupun rekaannya ringkas tetapi mampu membuatkan anda kelihatan bergaya dan eksklusif.

Jahitan halus yang kemas di sekeliling kolar dan butang pastinya akan memberi keselesaan kepada anda. Kain daripada jenis 100% cotton pula akan menjadikan anda berasa ringan dan selesa.

Rekaan kurta jenis ini mempunyai ciri relaxed fit yang memudahkan sesiapa sahaja yang memakainya untuk bergerak bebas. Dua poket tersembunyi di sisi kurta ini direka khas untuk memudahkan golongan lelaki untuk menyimpan barangan peribadi setiap kali keluar rumah.

2. Rekaan kurta lengan panjang berleher Cekak Musang

Koleksi ini menampilkan rekaan leher cekak musang yang menjadikan penampilan anda tampak lebih eksklusif malah ia sesuai digayakan di majlis atau acara formal. Rekaan ini menggunakan 100% cotton yang terkenal dengan sifatnya yang mudah menyerap peluh. Jadi, anda tidak perlu risau untuk memakainya sepanjang hari.

Selain itu, rekaan kurta ini sering menjadi pilihan para jejaka yang bakal bertunang kerana bentuk rekaannya yang kemas. Potongan relaxed fit pada kurta ini juga akan memberikan keselesaan kepada anda kerana ia tidak terlalu sendat.

3. Rekaan kurta lengan pendek berleher Cekak Musang

Rekaan kurta berlengan pendek dengan leher cekak musang sesuai digayakan untuk majlis yang lebih santai atau sebagai pakaian harian agar imej maskulin anda akan lebih terserlah. 

Potongan moden dan jenis kolar leher cekak musang, akan memberi satu gaya yang lebih laid back buat si pemakai. Menggunakan 100% cotton, kurta lengan pendek ini sangat senang digayakan ke kelas mahupun pejabat kerana penggunaan fabriknya yang bersesuaian dengan cuaca di Malaysia. 

Setiap koleksi kurta Bulan Bintang didatangkan dengan pilihan warna dan saiz yang berbeza yang pastinya akan menawan cita rasa fesyen anda.

Tunggu apa lagi? Jom tampil segak dan tampan di semua majlis dengan menggayakan kurta daripada Bulan Bintang!

Anda boleh kunjungi Bulan Bintang di cawangan kedai fizikal kami iaitu di Bangi, Ukay Boulevard, Shah Alam, Johor Bahru, Kubang Kerian, Senawang, Kedah, Penang, Melaka, Kelantan dan Terengganu.

Anda juga boleh buat pembelian secara atas talian dengan menekan pautan di bawah ini.

[Saya Nak Dapatkan Koleksi Kurta Bulan Bintang!]