Konsert Malam Bulan Bintang Himpunkan Artis Terkemuka Tanah Air Dan Antarabangsa

Jika sebelum ini Bulan Bintang tampil kreatif dan inovatif dengan menampilkan 3D billboard di hadapan KLCC, kali ini sekali lagi jenama Bulan Bintang tampil berani dan berbeza dengan menganjurkan konsert pertama iaitu Malam Bulan Bintang di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 4 Mac 2023.

Anda jangan pelik atau terkejut kenapa sebuah jenama baju Melayu memilih untuk mengadakan konsert. Ini kerana Bulan Bintang merupakan sebuah jenama yang mempunyai identiti yang fun dan sering mengetengahkan idea-idea yang fresh.

Terdiri daripada barisan anak muda, Bulan Bintang sentiasa mencari idea marketing yang baru dan unik untuk melebarkan lagi pendedahan jenama nombor satu pakaian baju Melayu di Malaysia ini. Jadi untuk tahun 2023, Bulan Bintang nekad untuk menganjurkan satu event berskala mega seperti ini khusus buat seluruh peminat, para pelanggan dan keluarga Bulan Bintang yang menyokong secara langsung dan tidak langsung.

Konsert Malam Bulan Bintang bukan sahaja menjanjikan penonton harga tiket yang murah dan berpatutan, malah dengan persediaan pentas dan tempat duduk yang bersudut 360 darjah di Axiata Arena, pastinya akan memberi pengalaman yang lebih peribadi dan dekat buat penonton serta artis-artis yang membuat persembahan pada konsert nanti.

Bukan itu sahaja, dengan sistem bunyi 360 darjah yang disediakan, konsert Malam Bintang pastinya akan memberikan semua yang hadir pada konsert malam tersebut merasai pengalaman bunyi yang berkualiti tinggi dan mengasyikkan. Sesi perkongsian Ramadan daripada penceramah undangan juga akan turut diselitkan di antara persembahan artis.

Malam Bulan Bintang akan menampilkan 6 artis tempatan dan 2 artis antarabangsa iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ M. Nasir, Salammusik, Raihan ft Alif Satar & The Locos, Faizal Tahir, Sabyan serta penyanyi dan penulis lagu dakwah Indonesia, Opick. Mereka akan memperdengarkan kepada anda muzik-muzik Islamik kontemporari yang akan turut diiringi oleh band orkestra terkemuka.

Harapan Bulan Bintang untuk konsert Malam Bulan Bintang ini agar semua yang hadir dapat merasai pengalaman menghadiri konsert yang pastinya takkan anda lupakan.

Ikuti @malambulanbintang dan @bulanbintanghq di semua platform media sosial untuk lihat perkembangan dan update terkini.

[Dapatkan tiket konsert Malam Bulan Bintang sekarang!]