Pemilihan baju pengantin yang betul; daripada sudut saiz, design, dan aksesori tambahan, adalah amat penting.
Sebagai pasangan raja sehari, anda pasti ingin kelihatan segak, kemas, dan pesona pada hari penting tersebut.
Selain itu, pemakaian baju ini bukan sahaja untuk mencipta kenangan yang terindah buat pasangan mempelai.
Ia juga membantu untuk memastikan keselesaan yang berpanjangan dan menaikkan lagi seri pasangan berkahwin.
Buat anda yang sedang membuat persediaan seperti pencarian baju pengantin, anda perlu melakukannya sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh majlis perkahwinan.
Jadi, kami di Bulan Bintang ingin berkongsi beberapa tips penting yang anda perlu menitikberatkan dalam pencarian dan menggayakan pemakaian baju pengantin.
Teruskan membaca!
Tips Penting Dalam Pencarian Baju Pengantin
Berikut merupakan perkara penting yang perlu anda tahu ketika mencari baju pengantin. Antaranya ialah:
-
Pemilihan warna yang sesuai
Salah satu cabaran ketika memilih baju pengantin adalah untuk memilih warna yang sesuai dengan warna tona kulit si pemakai.
Jika anda memilih warna yang kurang sesuai dengan tona kulit, ia akan menyebabkan wajah dan penampilan anda kelihatan suram (gloomy).
Sebagai pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, pastikan anda tidak melakukan kesilapan ketika memilih warna baju pengantin.
-
Tona kulit cerah
Secara umumnya, individu yang mempunyai tona kulit cerah amat sesuai dipadankan dengan pelbagai warna; baik gelap mahupun cerah.
Tetapi, pada hari istimewa ini, apa kata anda memilih warna yang kontra dengan tona kulit?
Sebenarnya, warna seperti kelabu, merah, atau biru, dapat menaikkan lagi seri wajah anda.
Ia akan membuatkan wajah anda jadi lebih cerah, lebih-lebih lagi apabila dipadankan bersama makeup.
-
Tona kulit sawo matang
Jika kulit anda mempunyai tona kulit sawo matang, anda tidak digalakkan untuk memilih warna gelap seperti coklat.
Ini akan menyebabkan penampilan dan wajah anda bertambah malap dan “tenggelam”.
-
Tona kulit gelap
Bagi anda yang mempunyai tona kulit gelap pula, anda perlu memilih warna yang kontra bagi menaikkan seri ketika majlis perkahwinan.
Antara warna yang sesuai ialah kuning, merah atau royal blue.
-
Pemilihan tudung yang betul (bagi pengantin perempuan)
Pengantin perempuan yang berhijab semestinya akan menghadapi kesukaran ini pada hari perkahwinan.
Mana tidaknya, pemakaian tudung pada setiap hari pun memerlukan touch up; sekurang-kurang 2 kali sehari.
Inikan pula ketika hari perkahwinan.
Pemilihan gaya tudung yang kemas dan betul amat penting bagi memastikan si pengantin perempuan berasa selesa dan tidak panas.
Oleh itu, kami menyediakan tips pemilihan tudung dengan betul di bawah ini:
- Seeloknya, anda perlu memakai anak tudung yang menutupi seluruh kepala dengan sempurna. Ini bertujuan untuk mengelakkan anak rambut daripada kelihatan pada wajah.
- Tidak salah jika anda ingin memakai tudung yang kontra dengan warna tona kulit. Tetapi, anda perlu pastikan ia bersesuaian dengan baju pengantin dan boleh menaikkan seri wajah.
- Bagi penggayaan tudung pula, anda perlu memilih style yang kemas dan mudah. Dan, anda boleh menggunakan jarum peniti untuk memastikan tudung terletak cantik sepanjang berlangsungnya majlis perkahwinan.
-
Material baju pengantin
Pemilihan material baju pengantin perlulah bersesuaian dengan cuaca dan iklim; panas dan lembap di Malaysia.
Pasti anda tidak mahu wajah atau badan yang melencun dek peluh ketika berlangsungnya hari perkahwinan, kan?
Antara material atau fabrik baju pengantin yang sesuai dipilih ialah:
-
Chiffon
Sifat fabrik chiffon yang lembut akan berikan efek flowy pada pakaian. Dengan adanya efek ini, anda akan lebih mudah dan selesa untuk bergerak.
-
Sutera satin
Pemakaian fabrik sutera satin menampakkan efek mewah dan elegance kepada si pemakai.
Jika anda memilih baju pengantin yang diperbuat daripada sutera satin, sudah pasti aura raja sehari makin menyerlah dan “bersinar”.
-
Songket
Songket sinonim dengan adat tradisional Melayu pada masa lampau.
Tapi, tahukah anda bahawa penggunaan fabrik ini mendapat perhatian orang ramai pada masa kini?
Hal ini disebabkan fabrik songket mempunyai “aura” klasik dan eksklusif.
Lebih-lebih lagi dengan adanya potongan dan aksesori tambahan yang terdapat pada baju tersebut.
-
Memilih saiz yang betul
Kesilapan terbesar yang sering dibuat oleh bakal pengantin adalah memilih saiz baju pengantin yang lebih kecil berbanding ukuran badan yang sebenar.
Sebenarnya, setiap baju pengantin mempunyai basi yang berfungsi untuk mengecilkan atau membesarkan potongan baju mengikut ukuran badan si pemakai.
Jadi, anda tidak perlu risau mengenai saiz baju pengantin.
Jika ada apa-apa perubahan pada ukuran badan anda, tukang jahit baju itu akan membuat adjustment pada baju pengantin tersebut.
Jadi, sekarang anda sudah tahu tips pencarian baju pengantin, betul?
Pastikan anda tips ini untuk elak dari membuat kesalahan ketika membuat persediaan untuk berkahwin.
Jika anda sedang mencari baju pengantin, anda boleh dapatkannya di Bulan Bintang HQ!
Di Bulan Bintang HQ, kami menyediakan 20 koleksi baju pengantin ready-to-wear (RTW) yang sememangnya selesa, minimal, dan berkualiti.
Ini 3 sebab utama anda perlukan dapatkan baju pengantin bersama kami:
- Kami menekankan konsep tradisional dan kontemporari untuk setiap baju pengantin.
- Harga mampu milik untuk semua golongan masyarakat.
- Mempunyai aksesori tambahan seperti sulaman supaya pembeli boleh memilih rekaan yang diingini.
Jangan tunggu lagi!
Jika anda ingin melihat rekaan dan koleksi baju pengantin, anda boleh klik di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.
DAPATKAN BAJU PENGANTIN BULAN BINTANG SEKARANG!