Jenis Baju Kurung Moden: Jangan Ingat Wanita Tahu Semuanya

jenis baju kurung

Setiap wanita Melayu pasti memiliki sekurang-kurangnya satu pasang baju kurung. Tetapi, dengan adanya pelbagai jenis dan rekaan, para wanita pasti berasa runsing ketika membelinya. 

Hal ini disebabkan baju kurung pada masa kini terbahagi kepada beberapa jenis.

Oleh itu, artikel ini akan menerangkan beberapa info penting mengenai baju kurung moden di Malaysia, fabrik, serta collection kurung moden yang cantik dan elegan di Bulan Bintang.

Teruskan membaca untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut!

 

Info Penting Baju Kurung

jenis baju kurung

Buat mereka yang tidak tahu, baju kurung merupakan sejenis pakaian tradisional bagi wanita Melayu yang muncul ketika zaman keemasan Kesultanan Melaka.

Ia merupakan pakaian rasmi bagi beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan juga Thailand. 

Di Malaysia, baju kurung juga merupakan uniform rasmi bagi pelajar sekolah.

Kebiasaannya, ia dipakai apabila menghadiri sebarang majlis rasmi seperti majlis agama, majlis perkahwinan serta apa-apa majlis keraian dan sambutan. 

Namun begitu, kini ramai yang memakainya sebagai pakaian harian ke pejabat dan untuk berjalan-jalan kerana sifatnya yang sangat selesa dan anggun.

Oleh itu, baju kurung sangat digemari oleh ramai wanita di Malaysia tanpa mengira bangsa atas faktor kesesuaian dan praktikal.

 

Jenis Baju Kurung Yang Ada di Malaysia

Terdapat pelbagai perubahan dalam rekaan baju kurung moden yang disebabkan oleh peredaran masa dan perkembangan industri fesyen pada masa kini.

Berikut merupakan antara jenis-jenis baju kurung moden yang terkini:

  • Kurung Kedah Moden

kurung kedah moden

Pada asalnya, baju kurung Kedah tradisional bersifat lebar, tidak menekankan pada sebarang bentuk pada baju, dan berlengan 3 suku. 

Namun begitu, kurung Kedah moden kini mempunyai pesak bagi menampakkan elegance supaya si pemakai kelihatan lebih anggun. 

Selain itu, kurung Kedah moden juga bersifat lengan panjang. Dengan ini, si pemakai boleh menggayakan baju kurung Kedah moden ini dengan lebih sopan dan menjaga aurat. 

  • Kurung Pahang Moden

Baju kurung Pahang ini akan menampakkan anda kelihatan lebih kurus kerana rekaannya yang panjang dan lebar pada bahagian bawah baju.

Dengan rekaan sebegini, si pemakai akan berasa selesa dan bebas untuk bergerak. 

Manakala, bagi corak pula, kurung Pahang tradisional kelihatan kosong dan kebiasaannya akan dipadankan dengan selendang. 

Jika dibandingkan dengan kurung Pahang moden pula, ia akan dihiasi dengan corak, lace, dan sebagainya. 

  • Kurung Moden Pleated

Baju kurung moden pleated ini biasanya diperbuat daripada jenis kain pleated crepe dan merupakan antara rekaan baju kurung moden yang agak baru.

Ia boleh dipadankan dengan pelbagai jenis design kain seperti kain duyung yang ala-ala princess ataupun kain jenis straight cut

Baju kurung ini sangat selesa dan sejuk untuk dipakai kerana ia biasanya diperbuat daripada fabrik chiffon dan silk. Yang paling penting adalah ia bersifat ironless dan tidak mudah kedut.

  • Kurung Moden Lace

kurung moden lace

Jenis baju kurung moden jenis ini sangat elegan dan eksklusif kerana terdapat perhiasan lace yang menaikkan lagi seri baju si pemakai.

Corak lace yang cantik dan unik dipadankan dengan base baju kurung yang kosong membuatkan ia kelihatan lebih eksklusif.

Lace ini boleh digayakan pada baju kurung dengan pelbagai cara. 

Terdapat baju kurung yang mempunyai hiasan lace pada bahagian lengan, leher, bawah baju serta fully lace pada baju dan kain.

  • Kurung Batik

Jenis baju kurung batik ini sangat eksklusif kerana ia dibuat daripada kain batik hasil kerja tangan manusia. Jadi, harganya juga lebih mahal berbanding baju kurung moden lain.

Namun, kini terdapat juga baju kurung batik yang dicorakkan menggunakan mesin dan jenis ini dijual di pasaran dengan harga yang lebih murah.

  • Kaftan Moden

Siapa sangka baju kelawar yang biasa dipakai di rumah kini telah menjadi baju kurung yang dipakai ke majlis keraian dek trend fesyen baru.

Kaftan, atau juga dikenali sebagai baju kelawar adalah baju yang flowy dan longgar, sesuai untuk semua jenis bentuk badan, dan menampakkan badan anda lebih langsing.

Lazimnya, kaftan moden diperbuat daripada kain yang lembut seperti silk, satin, dan chiffon. Ia berikan keselesaan, sejuk, dan ringan dipakai.

 

Fabrik Yang Digunakan Untuk Kurung Moden

  • Kapas

kapas

Kain kapas merupakan antara kain yang paling popular untuk dijadikan baju kurung. Ini disebabkan kain ini sangat mesra pengguna atas faktor selesa, ringan, dan bebas bergerak. 

Kain kapas boleh menyerap peluh dan menyejukkan badan ketika suhu panas, jadi ia sangat sesuai dipakai di Malaysia.

  • Polyester

Kelebihan kain polyester ini bersifat anti kedut dan ironless kerana ia fleksibel dan boleh kembali semula ke bentuk asalnya.

Kain ini juga sangat lembut dan “kuat”, serta boleh dicampurkan dengan kain lain supaya kain tersebut lebih tahan lama, tidak pudar, dan tidak mudah rosak.

  • Sutera

sutera

Kain sutera, atau kain semula jadi paling kuat di dunia ini terkenal dengan sifatnya yang sangat cantik, berkilau, lembut, dan kelihatan exclusive.

Kain ini merupakan kain gred tinggi yang sangat selesa dipakai dan sesuai dipakai di Malaysia.

  • Rayon

Kain rayon ini merupakan serat tekstil sintetik yang didapati dari hasil selulosa melalui spinnerets halus. Ia digunakan secara meluas seperti pembuatan baju dan barang kelengkapan rumah.

Proses pembuatannya lain daripada yang lain, di mana bahan mentah semulajadi diubah untuk menjadikannya lebih praktikal. Yang penting, kain ini bersifat tahan lama dan kuat.

 

Collection Untuk Wanita, Hanya di Bulan Bintang!

Jika anda sedang mencari baju kurung moden yang cantik, elegan dan berkualiti tinggi, terdapat pelbagai pilihan menarik dalam koleksi pakaian wanita di Bulan Bintang HQ!

Koleksi Glam Sisters:

  • Baju Kurung Glam Sisters – Riyya

glam sisters riyya

Baju: 

  • Baju tidak berlapik dengan hiasan renda lace
  • Neckline bulat
  • Zipper belakang tersorok
  • Lengan panjang

Kain:

  • Kain A-line
  • Pengancing zip & cangkuk

Material:

  • Cotton 80%, Viscose 15%, Poly 5%

 

  • Baju Kurung Glam Sisters – Afya

glam sisters afya

Baju:

  • Berlapik dengan hiasan lace
  • Neckline bulat
  • Zipper belakang tersorok
  • Lengan panjang

Kain:

  • Kain A-line dengan lipatan hadapan
  • Pengancing zip & cangkuk

Material:

  • Cotton 80%, Tetron 20%

 

  • Baju Kurung Glam Sisters – Heera

glam sisters heera

Baju:

  • Berlapik dengan hiasan sulam
  • Neckline bulat
  • Zipper belakang tersorok
  • Lengan panjang
  • Zip lengan

Kain:

  • Kain mermaid
  • Pengancing zip & cangkuk

Material:

  • Cotton 80%, Viscose 15%, Poly 5%

 

  • Baju Kurung Glam Sisters – Leia

glam sisters leia

Baju:

  • Berlapik dengan trim bersulam
  • Neckline bulat
  • Zipper belakang tersorok
  • Lengan panjang

Kain:

  • Kain mermaid
  • Pengancing zip & cangkuk

Material:

  • Cotton 80%, Viscose 20%

 

  • Baju Kurung Glam Sisters – Sofea

glam sisters sofea

Baju:

  • Berlapik dengan trim bersulam
  • Neckline bulat
  • Zipper belakang tersorok
  • Lengan panjang

Kain:

  • Kain mermaid
  • Pengancing zip & cangkuk
  • Lipatan kipas belakang

Material:

  • Cotton 80%, Rayon 15%, Poly 5%

Cantik kan koleksi kurung moden Glam Sisters Bulan Bintang? Jangan lupa add to cart kalau berminat! 

Terdapat banyak lagi pilihan yang menarik dan cantik di laman web mereka, anda hanya perlu pilih sahaja!

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis baju kurung moden yang anda perlu tahu serta jenis fabrik yang sering digunakan untuk membuat baju kurung moden.

 

Selain daripada pilihan baju kurung di atas, terdapat banyak lagi pilihan kurung moden di laman web Bulan Bintang! 

Kami juga mengeluarkan koleksi baju Melayu dan kurta bagi yang lelaki.

Jika anda sedang mencari baju melayu/baju kurung yang cantik, berkualiti tinggi dan berpatutan, Bulan Bintang adalah pilihan yang terbaik untuk anda!

Tunggu apa lagi?

Klik butang dibawah untuk dapatkan baju kurung anda di Bulan Bintang HQ sekarang!

DAPATKAN BAJU KURUNG DI BULAN BINTANG SEKARANG!