Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju Raya

Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju Raya

Pemilihan busana untuk digayakan di pagi lebaran menjadi keutamaan setiap wanita. Bagi yang berhijab, pemilihan warna dan material tudung antara perkara paling penting kerana ia akan memberi impak kepada imej si pemakai. Ada setengah wanita yang gemarkan tudung bercorak dan bold, manakala ada yang lebih sukakan jenis earth tone

Untuk Hari Raya tahun ini, apa kata kita tampil berbeza dengan mencuba teknik mix & match warna-warna yang luar dari kebiasaan dengan berpandukan roda warna. Kami akan kongsikan tips mix & match warna tudung dengan baju raya melalui artikel di bawah! 

1. Warna pelengkap (complimentary colors)

Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju Raya

Warna pelengkap adalah warna yang terletak bertentangan antara satu sama lain dalam roda warna. Gabungan warna ini akan menaikkan seri si pemakai kerana terdapat warna kontra yang lebih menonjol (sumber)

Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju Raya

2. Warna analog

Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju Raya

Warna analog adalah gabungan 2 hingga 3 warna yang bersebelahan antara satu sama lain dalam roda warna yang bermula dari gelap ke terang (sumber). Gabungan warna ini akan memberi effect ceria dan gabungan warna yang harmoni. 

Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju Raya

3. Warna monokrom

Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju Raya

‘Mono’ bermaksud ‘satu’ manakala ‘chroma’ bermaksud ‘warna’ (sumber). Warna monokrom adalah warna asas yang tidak bercampur dengan warna asas yang lain. Contohnya warna biru yang di dalamnya terdapat warna biru muda, biru gelap, biru cair, biru terang dan lain-lain. Kepelbagaian warna wujud dalam satu ‘keluarga’ warna yang sama. 

Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju Raya

Anda boleh memakai 2 atau 3 tona warna dalam ‘keluarga’ yang sama untuk outfit Hari Raya anda. Kelebihan kombinasi warna monokrom ini adalah untuk menjadikan padanan outfit kelihatan lebih harmoni dan subtle. Anda juga boleh menggunakan warna monokrom untuk mendapatkan tona warna ombre  (sumber).

Semoga dengan perkongsian kami ini, anda dan keluarga akan tampil lebih menawan, ceria dan  elegan di pagi lebaran nanti. Jangan lupa untuk praktikkan tips padanan tudung dan baju ini!

Ikuti kami di @bulanbintanghq dan @bulanbintangsisters untuk lihat perkembangan dan info terkini mengenai koleksi-koleksi yang kami tawarkan.

[Saya Nak Beli Koleksi Bulan Bintang Sisters]