Waktu Puasa Paling Singkat Di Seluruh Dunia

Waktu Puasa Paling Singkat Di Seluruh Dunia

Tempoh berpuasa pada bulan Ramadan untuk lebih daripada 1.8 billion umat Islam di seluruh dunia adalah berbeza, bergantung pada lokasi dan masa dalam setahun. Lazimnya ia antara 11 hingga 21 jam. Ini kerana tempoh berpuasa di negara-negara yang terletak berhampiran garisan khatulistiwa adalah lebih singkat manakala negara-negara yang jauh dari garisan ini akan berpuasa lebih lama. 

Jom kami kongsikan 8 negara yang mempunyai tempoh berpuasa paling pendek.

1. New Zealand

Waktu Puasa Paling Singkat Di Seluruh Dunia

Tempoh berpuasa umat Islam di New Zealand khususnya di Christchurch, bandar terbesar di kepulauan selatan adalah selama 12 jam. Mereka akan bersahur pada pukul 6:06 pagi dan berbuka puasa pada pukul 7:26 petang.

2. Chile

Waktu Puasa Paling Singkat Di Seluruh Dunia

Negara Chile, khususnya di bandar Puerto Montt yang terletak di Amerika Selatan juga termasuk dalam negara yang mempunyai tempoh waktu puasa paling singkat di dunia. Umat Islam di negara ini akan berpuasa selama 12 jam iaitu sahur pada pukul 6:42 pagi dan berbuka puasa pada pukul 7:44 malam.

3. Argentina

Waktu Puasa Paling Singkat Di Seluruh Dunia

Islam di Argentina mempunyai minoriti penduduk Muslim iaitu 1% daripada 40 juta penduduk. Waktu berpuasa mereka hanya sekitar 12 jam iaitu sahur sekitar 7:02 pagi dan berbuka pada pukul 7:55 malam.

4. Kenya

Waktu Puasa Paling Singkat Di Seluruh Dunia

Islam di Kenya hanya dianuti oleh 9.7% daripada 40 juta penduduk di sini. Penduduk beragama Islam di negara ini mempunyai tempoh berpuasa selama 13 jam. Mereka akan bersahur pada pukul 5:21 pagi dan berbuka puasa pada pukul 6:36 petang.

5. Pakistan

Waktu Puasa Paling Singkat Di Seluruh Dunia

Populasi Muslim di Pakistan hampir mencecah 200 juta orang menjadikan Islam sebagai agama terbesar dan agama rasmi di negara ini. Tempoh berpuasa di negara ini hanya sekitar 13 hingga 14 jam bermula 4:55 pagi sehingga 6:39 petang.

6. India

Waktu Puasa Paling Singkat Di Seluruh Dunia

India merupakan sebuah negara yang menduduki sebahagian besar Asia Selatan. Ibu kotanya ialah New Delhi dan ia dibina pada abad ke-20. Muslim di India hanya sekadar 14.20% dan selebihnya adalah penganut agama Hindu. Tempoh berpuasa di negara ini sama seperti di Pakistan iaitu sekitar 13 hingga 14 jam bermula pada 4:57 pagi sehingga 6:28 petang.

7. Indonesia

Waktu Puasa Paling Singkat Di Seluruh Dunia

Indonesia adalah negara yang memiliki populasi Muslim terbesar di seluruh dunia iaitu sekitar 86.7%. Umat Islam di Indonesia hanya berpuasa puasa selama 13 jam sahaja kerana kedudukannya yang dekat dengan garis khatulistiwa. Mereka akan bersahur sekitar 5:56 pagi dan akan berbuka pada pukul 7:00 malam.

8. Malaysia

Waktu Puasa Paling Singkat Di Seluruh Dunia

Malaysia juga merupakan salah satu negara yang mempunyai tempoh waktu berpuasa yang singkat. Malaysia yang mempunyai majoriti penduduk Muslim iaitu sekitar 63.5% daripada 34.3 juta orang akan berpuasa selama 13 jam. Umat Islam di Malaysia akan bersahur sekitar pukul 05:30 pagi dan akan berbuka pada sekitar 7:30 malam.

Disclaimer: Ketepatan waktu berbuka dan sahur bagi setiap negara, bandar dan daerah adalah berbeza-berbeza.