4 Fakta Menarik Sambutan Hari Raya

4 Fakta Menarik Sambutan Hari Raya

Dalam keseronokan menyambut lebaran, tahukah anda fakta dan sejarah di sebalik perayaan yang diraikan setiap tahun ini? Kami kongsikan antara 4 fakta Hari Raya yang anda tidak cakna.

1. Takbir raya pertama dalam Islam

4 Fakta Menarik Sambutan Hari Raya

Takbir raya pertama dalam Islam dilaungkan sejurus selepas baginda Rasulullah SAW mengumumkan kemenangan dalam Perang Badar iaitu pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah. Takbir dilaungkan sebagai tanda kemenangan yang berjaya diraih oleh kaum Muslim dalam perjuangan mereka.

Pada tahun itu, Rasulullah SAW dan para sahabat meraikan dua kemenangan, iaitu kejayaan dalam Perang Badar dan kejayaan menahan hawa nafsu sepanjang sebulan berpuasa (sumber).

2. Sejarah sambutan Hari Raya

4 Fakta Menarik Sambutan Hari Raya

Sebelum adanya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, masyarakat Arab Jahiliyah menyambut dua sambutan yang berbeza iaitu Hari An-Nairuz (perayaan sempena sambutan tahun baru dalam kalender Masihi bangsa Parsi dan Qibti) dan Al-Mahrajan (salah satu perayaan bangsa Parsi). Perayaan ini disambut dengan acara makan-makan dan bergembira dengan beberapa bentuk hiburan dan permainan (sumber).

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Imam Ahmad; 12362) (sumber)

3. Istilah perkataan ‘A’id’

Perkataan ‘A’id’ dalam Aidilfitri dan Aidiladha berasal daripada perkataan al-‘Aud yang bermaksud ‘kembali’. Ia dinamakan sedemikian kerana Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan datang kembali pada setiap tahun. 

4. Waktu Takbir Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

Takbir Hari Raya Aidilfitri atau juga dipanggil Takbir Mursal bermula pada Maghrib malam satu Syawal sehingga selesai solat sunat Aidilfitri. Dalil Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185, “Hendaklah kamu mencukupkan bilangan (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu.”

Takbir Hari Raya Aidiladha pula bermula selepas selesai solat Subuh 9 Zulhijjah sehingga selesai solat Asar 13 Zulhijjah. Takbir ini juga disebut sebagai takbir Muqayyad kerana ia dilakukan setiap kali selesai solat fardu (sumber).

Semoga perkongsian kami kali ini memberikan pengetahuan baru buat anda.