Shopping secara dalam talian semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia malah telah menjadi gaya hidup sesetengah individu terutamanya golongan muda yang sentiasa mengikuti perkembangan teknologi.
Ada yang berpendapat bahawa membeli secara online adalah lebih mudah dan menjimatkan kerana pembeli boleh mendapatkan lebih banyak diskaun selain tidak perlu keluar mahupun beratur untuk mendapatkan barang yang diinginkan.
Namun, ada sesetengah pihak yang tidak yakin untuk membeli secara online kerana khuatir tidak akan berpuas hati dengan hasil pembelian. Antara persoalan yang sering menjadi tumpuan pembeli adalah seperti cara menukar saiz baju, proses pemulangan dan proses pembayaran.
Jom baca artikel ini sampai habis untuk tahu tips mudah shopping online di Bulan Bintang.
1. Semak bahagian size chart
Saiz merupakan antara perkara yang paling penting kerana keselesaan dan kekemasan baju harus dititikberatkan bagi memastikan ia tidak terlalu besar atau terlalu kecil dengan saiz badan.
Antara bahagian yang perlu diukur sebelum membuat pembelian secara online adalah:
- – Dada
- – Pinggul
- – Bahu
- – Pinggang
- – Labuh baju/labuh seluar
- – Inseam (untuk seluar)
2. Teliti cutting dan design baju
Baca dan kenal pasti dahulu description tentang cutting baju tersebut supaya anda tahu jika ia didatangkan dalam bentuk cutting slim fit, straight cut ataupun standard. Ini untuk memastikan baju yang anda beli sesuai dengan bentuk tubuh badan, cita rasa ataupun tidak.
Sebagai contoh, sekiranya anda memiliki bentuk badan plus size, elakkan daripada membeli baju yang mempunyai potongan yang lurus atau straight cut kerana potongan ini akan menjadikan badan anda kelihatan lebih besar dan ia akan sukar untuk digayakan.
3. Kenal pasti fabrik/kain yang digunakan
Fabrik kain juga perlu dititikberatkan agar anda tahu jenis kain yang digunakan demi memastikan keselesaan pada pemakai selain bersesuaian dengan cuaca. Sebelum membeli, anda harus periksa dahulu fabrik yang digunakan sama ada ia cotton, polyester, silk, tetron, viscose, rayon atau lain-lain.
Ini kerana setiap jenis fabrik mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti tidak jarang, menyerap peluh, tahan lasak dan tidak melekap di badan.
4. Baca review pelanggan lain
Jangan lupa untuk membaca review tentang produk yang diinginkan untuk anda membuat penilaian. Melalui ruangan komen yang ditulis oleh pembeli lain, anda boleh menilai masa penghantaran, kualiti bungkusan dan kualiti produk. Dengan cara ini, anda boleh mendapatkan info tambahan.
5. Manfaatkan butang add to cart
Kajian menunjukkan bahawa pembeli menggunakan butang add to cart untuk membandingkan produk dan harga semasa shopping online.
Oleh itu, fungsi butang add to cart ini bukan sahaja untuk memudahkan anda membuat pembelian, tetapi ia juga membantu untuk mengingati baju yang mana satu anda ingin beli. Secara tidak langsung butang add to cart dapat membantu anda untuk membuat keputusan untuk pembelian.
6. Isikan maklumat yang tepat
Pastikan sebelum anda place order, isikan maklumat yang tepat terutamanya di bahagian alamat supaya tiada masalah bungkusan/parcel hilang atau tidak sampai.
Antara sebab kenapa bungkusan/parcel dari pihak kurier servis tidak sampai kepada alamat yang diberikan adalah kerana kegagalan pembeli untuk mengisi billing details yang diberikan dengan betul.
Secara ringkasnya, shopping online sebenarnya adalah sangat mudah dan ringkas. Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda terutamanya bagi yang baru sahaja berjinak-jinak untuk buat pembelian secara online di Bulan Bintang.
Tapi sekiranya anda lebih gemar untuk buat pembelian secara fizikal, anda boleh kunjungi Bulan Bintang di cawangan Bangi, Ukay Boulevard, Shah Alam, Johor Bahru, Kubang Kerian, Senawang, Kedah, Penang, Melaka, Kelantan dan Terengganu.