10 Baju Kurung Lace Elegan dan Menarik di Bulan Bintang

baju kurung lace

Baju kurung merupakan baju kebangsaan wanita Melayu yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Kini, terdapat rendisi moden pakaian ini mengikut peredaran zaman seperti baju kurung lace.

Baju kurung lace mampu membuatkan si pemakai kelihatan lebih elegan dan menarik kerana corak kerawang yang timbul, memberi aura yang tersendiri.

Ikuti artikel ini untuk dapatkan info yang berkaitan dengan baju kurung lace di Bulan Bintang!

 

Kenali Jenis Lace

jenis lace

  • Border lace

Seperti namanya, border lace ini biasanya diletak di bahagian hujung baju seperti bahagian hujung kaki atau hujung tangan.

Border lace ini sering digunakan pada baju kurung kurung atau baju kebaya untuk menambahkan lagi keanggunan si pemakai.

 

  • Lace Meter

Lace meter sering digunakan untuk membuat baju kurung yang penuh dengan lace dari atas sampai bawah. Baju kurung lace jenis ini biasa dipakai sebagai baju tunang atau nikah.

Lace ini dipanggil lace meter kerana ia boleh dipotong mengikut panjang yang anda mahukan. Biasanya, 2 meter sudah mencukupi untuk membuat satu baju (tidak termasuk kain).

 

  • Patch lace

Patch lace ini adalah lace yang dipotong menjadi satu bentuk yang boleh ditampal di mana-mana bahagian baju kurung.

 

Penjagaan Kain Lace

penjagaan kain lace

Walaupun cantik, kain lace ini perlu dijaga dengan betul bagi memastikan ia tahan dengan lama dan mengelakkan ia dari sebarang kerosakan seperti tercarik, terkoyak, dan tercabut.

Beberapa tips penjagaan kain lace ini adalah:

  • Elakkan membasuh menggunakan mesin basuh.
  • Elakkan memberus bahagian lace.
  • Elakkan memerah kain dengan terlalu kasar/kuat.
  • Cuci lace menggunakan tangan dalam air sejuk.
  • Elakkan menggosok mengguna setrika yang terlalu panas.

 

10 Baju Kurung Lace Hot-Selling di Bulan Bintang

  • Baju Kurung Lace Ara

baju kurung ara

Baju kurung lace Ara ini adalah baju kurung moden yang mempunyai sulaman lace penuh di bahagian depan baju serta dihiasi dengan berlian dan manik, sesuai untuk baju nikah.

Harga: RM279.00

Baju: 

  • Neckline bulat
  • Zip belakang tersembunyi
  • Lengan fitted

Kain: 

  • Zip tersembunyi
  • Band separuh anjal
  • Kain pleat kotak

Material: Duchess Satin

Saiz: XS – 3XL

 

  • Baju Kurung Lace Talitha

baju kurung talitha

Baju kurung lace Talitha ini adalah baju mini kurung peplum dengan lace penuh, sesuai untuk dijadikan baju kurung nikah.

Harga: RM279.00

Baju: 

  • Neckline bulat
  • Zip belakang tersembunyi
  • Lengan puffy

Kain:

  • Zip tersembunyi
  • Band separuh anjal
  • Kain mermaid

Material: Duchess Satin dengan Full Lace

Saiz: XS – 3XL

 

  • Baju Kurung Lace Cyra

baju kurung cyra

Baju kurung lace Cyra ini merupakan baju kurung elegan yang dihiasi dengan border lace, sulaman dan manik, sesuai dijadikan sebagai baju nikah.

Harga: RM279.00

Baju:

  • Neckline bulat
  • Lengan panjang
  • Neckline dihias dengan sulaman lace dan manik
  • Lengan fitted dengan sulaman lace dan manik
  • Baju bentuk flared dengan sulaman kerang di hujung baju

Kain: 

  • Zip tersembunyi
  • Band separuh anjal
  • Kain pleat kotak dengan jaring

Material: Duchess Satin

Saiz: XS – 3XL

 

  • Baju Kurung Lace Athena

baju kurung athena

Baju kurung lace Athena ini merupakan baju kurung moden panjang yang dihiasi dengan lace, manik dan sulaman dalam koleksi Bridal Bulan Bintang.

Harga: RM309.00

Baju:

  • Neckline bulat
  • Zip belakang tersembunyi
  • Dart belakang
  • Sulaman di bahagian hujung baju
  • Sulaman lace dan manik di lengan dan hujung baju

Kain: 

  • Zip tersembunyi 
  • Band separuh anjal
  • Kain selak dengan sulaman kerang

Material: Duchess Satin

Saiz: XS – 3XL

 

  • Baju Kurung Lace Nova

baju kurung nova

Baju kurung lace Nova ini merupakan kurung mini moden yang dihiasi dengan lace dan manik, sesuai dipakai sebagai baju kurung nikah.

Harga: RM249.00

Baju:

  • Neckline bulat
  • Zip belakang tersembunyi
  • Dart belakang
  • Sulaman lace dan manik di hujung baju dan lengan

Kain: 

  • Kain selak
  • Zip sisi
  • Band separuh anjal

Material: Duchess Satin

Saiz: XS – 3XL

 

  • Baju Kurung Lace Melati

kurung melati

Baju kurung lace Melati ini dihiasi dengan border lace dan manik di hujung baju dan lengan, sesuai untuk dipakai ke majlis rasmi.

Harga: RM209.00

Baju:

  • Baju tidak berlapik dengan hiasan lace
  • Neckline bulat
  • Zip belakang tersembunyi
  • Lengan panjang

Kain: 

  • Kain potongan A-line

Material: Duchess 100%

Saiz: XS – 3XL

 

  • Baju Kurung Lace Murni

kurung murni

Baju kurung lace Murni ini merupakan baju kurung dalam koleksi LUXE Sisters Bulan Bintang yang dihiasi dengan lace dan sulaman di bahagian hujung baju dan lengan.

Harga: RM209.00

Baju: 

  • Baju tidak berlapik dihiasi sulaman dan lace
  • Neckline bulat
  • Zip belakang tersembunyi
  • Lengan panjang

Kain: 

  • Kain potongan A-line

Material: Duchess 100%

Saiz: XS – 3XL

 

  • Baju Kurung Lace Afya

kurung afya

Baju kurung lace Afya ini merupakan baju kurung berlapik dengan hiasan lace penuh, sesuai untuk dipakai ke majlis rasmi.

Harga: RM139.00

Baju:

  • Neckline bulat
  • Zip belakang tersembunyi
  • Lengan panjang

Kain:

  • Kain potongan A-line dengan lipatan hadapan
  • Pengancing zip dan cangkuk

Material: Cotton 80%, Tetron 20%

Saiz: 2 – 10

 

  • Baju Kurung Lace Dhaya

baju kurung dhaya

Baju kurung lace Dhaya ini merupakan baju kurung elegan yang dihiasi dengan lace jarang di bahagian bawah baju dan lengan baju.

Harga: RM139.00

Baju:

  • Neckline bulat
  • Zip belakang tersembunyi
  • Lengan panjang

Kain:

  • Kain mermaid
  • Pengancing zip dan cangkuk

Material: Cotton 80%, Rayon 15%, Poly 5%

Saiz: 2 – 10

 

  • Baju Kurung Lace Riyya

kurung riyya

Baju kurung lace Riyya ini merupakan baju kurung dihiasi dengan border lace dalam koleksi GLAM Bulan Bintang yang sesuai dipakai untuk majlis rasmi.

Harga: RM189.00

Baju:

  • Neckline bulat
  • Zip belakang tersembunyi
  • Lengan panjang

Kain:

  • Kain potongan A-line
  • Pengancing zip dan cangkuk

Material: Cotton 80%, Viscose 15%, Poly 5%

Saiz: XS – 3XL

 

Panduan Pemilihan Baju Kurung

Memilih baju kurung yang sesuai dengan tona kulit dan bentuk badan anda sangat penting supaya anda kelihatan lebih cantik dan anggun apabila memakai baju kurung.

Di bawah adalah panduan memilih baju kurung menurut tona kulit dan bentuk badan anda:

 

  • Ketahui Tona Kulit Anda

tona kulit

Pastikan anda kenalpasti sama ada tona kulit anda adalah cool, warm atau neutral.

Bagi tona kulit cool, anda lebih sesuai memakai warna-warna tenang seperti hijau, biru dan ungu.

Bagi yang mempunyai tona kulit warm, anda lebih sesuai memakai warna kuning, merah dan jingga.

Untuk yang neutral, anda sesuai dengan semua warna, terutamanya warna-warna lembut.

 

  • Kenalpasti Bentuk Badan

    • Gempal & tinggi
      • Pilih warna gelap seperti: hitam, biru gelap, coklat, hijau gelap untuk kelihatan langsing.

 

    • Kurus & rendah
      • Sesuai untuk gunakan warna cerah, corak yang besar dan corak garis menegak untuk kelihatan tinggi.

 

    • Kurus & tinggi
      • Warna cerah seperti kuning, hijau, merah jambu dan corak garis melintang boleh menjadi pilihan supaya tidak kelihatan terlalu kurus.

 

    • Badan buah pear
      • Baju bercorak sama dengan kain dan ada dart di hadapan seperti baju kurung Pahang.

 

    • Badan buah epal
      • Warna terang serta ceria di bahagian atas (baju) dan warna gelap bagi kain wajar digunakan.

 

Kesimpulannya, hanya dengan aksesori lace, penampilan si pemakai baju kurung akan kelihatan lebih elegan, lembut dan ayu.

Dalam pada itu, sebagai seorang pemakai yang bertanggungjawab, anda perlu tahu jenis-jenis lace agar anda lebih cakna akan cara penjagaannya.

Sememangnya baju kurung lace kelihatan menyerlah, jadi, jika anda sedang mencari baju kurung lace yang yang mampu, anda boleh dapatkannya di Bulan Bintang HQ.

Cepat klik link di bawah ini untuk melihat pilihan baju kurung lace yang elegan di Bulan Bintang HQ!

DAPATKAN BAJU KURUNG LACE DARI BULAN BINTANG SEKARANG!