Bulan Bintang Takes The Sky Raih Pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’

Bulan Bintang Takes The Sky Raih Pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ 

Pertunjukan fesyen Bulan Bintang yang berlangsung pada 18 Februari 2023, di Menara Kuala Lumpur (KL Tower) telah melakar sejarah baru dalam arena fesyen tempatan.

Pertunjukan fesyen yang diberi nama ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ ini telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records sebagai satu-satunya jenama tempatan Malaysia yang mempertontonkan pertunjukan dron terbanyak iaitu sebanyak 350 buah dron. Pemegang rekod sebelum ini ialah syarikat The Walt Disney (Malaysia).

Bulan Bintang Takes The Sky Raih Pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ 
Bulan Bintang Takes The Sky Raih Pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ 
Bulan Bintang Takes The Sky Raih Pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ 

Pertunjukan dron yang juga merupakan highlight of the night ini merupakan hasil kerjasama syarikat SKYMAGIC dan 33.3. Formasi dron yang diterbangkan pada acara Bulan Bintang Takes The Sky telah membawa kisah perjalanan Bulan Bintang sejak dari mula jenama ini bertapak. 

Bulan Bintang Takes The Sky Raih Pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ 
Bulan Bintang Takes The Sky Raih Pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ 
Bulan Bintang Takes The Sky Raih Pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ 

Bulan Bintang Takes The Sky yang diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Nabila Huda telah menampilkan koleksi Raya Ready To Wear (RTW) sedondon seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan dengan 72 pilihan warna eksklusif. Acara catwalk oleh 51 orang model di pentas peragaan telah diiringi persembahan artis-artis terkenal tanah air seperti Dolla, Syamel dan Ernie Zakri yang turut menggayakan koleksi daripada Bulan Bintang.

Bulan Bintang Takes The Sky Raih Pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ 

Pertunjukan fesyen gilang gemilang ini telah menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun 2023 iaitu Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar, Hannah Delisha, Daiyan Trisha dan Beto Kusyairy. Lebih menarik lagi, Bulan Bintang turut memberi teaser ringkas tentang koleksi baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu baju Melayu Teluk Belanga.

Bulan Bintang Takes The Sky Raih Pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ 
Bulan Bintang Takes The Sky Raih Pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ 

Acara ini turut dimeriahkan dengan projection mapping di tiang Menara Kuala Lumpur, iaitu sebuah teknologi baru yang membawa penonton ke satu dimensi berbeza dan memberikan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Projection mapping ini telah memaparkan gimik dan juga nama para ambassadors yang berjalan di atas pentas peragaan serta nama-nama jenis koleksi yang diperagakan iaitu slim fit, tailored fit, dan Bulan Bintang Sisters. 

Pertunjukan fesyen pertama Bulan Bintang ini  telah membawa pelbagai kejutan dan kelainan buat penggemar fesyen serta penyokong Bulan Bintang dan sekaligus mengangkat jenama Bulan Bintang ke peringkat antarabangsa.

Bulan Bintang Takes The Sky Raih Pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ 
Bulan Bintang Takes The Sky Raih Pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ 
Bulan Bintang Takes The Sky Raih Pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ 

Dengan berakhirnya pertunjukan fesyen yang luar biasa ini, penjualan koleksi Raya 2023 telah pun bermula. Setiap koleksi didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz bermula dari umur 0-1 tahun sehingga 5XL. Jadi, ia memang sangat sesuai untuk semua peringkat umur dan boleh digayakan oleh semua jenis bentuk badan.

Untuk anda yang nak #RayaMacamStar tahun 2023 ini, jangan lupa untuk dapatkan koleksi Raya Bulan Bintang 2023 daripada ejen yang sah atau di butik rasmi Bulan Bintang di seluruh Malaysia. Cawangan butik kami bertempat di  Bangi, Shah Alam, Ukay Boulevard, Johor Bahru, Kubang Kerian dan Senawang.

Anda juga boleh buat pembelian secara online di laman web rasmi kami www.bulanbintanghq.com.

Ikuti @bbtakesthesky dan @bulanbintanghq di semua platform media sosial untuk lihat perkembangan dan update terkini.

 [Saya Nak Dapatkan Koleksi Raya 2023 Sekarang!]