Baju Melayu VS Kurta: Mana Satu Pilihan Anda?

Baju Melayu VS Kurta: Mana Satu Pilihan Anda?

Saban tahun apabila tibanya musim raya, terdapat sesetengah pihak yang akan memberi pandangan tentang pemakaian baju Melayu dan kurta di pagi hari Raya. Ini kerana, ada yang lebih gemar memakai kurta dan ada juga yang lebih gemar memakai baju Melayu yang lengkap bersamping dan bersongkok.

Jom kami kongsikan keistimewaan dan asal usul baju Melayu dan kurta yang mungkin anda tidak cakna.

Baju Melayu

Baju Melayu dipercayai diilhamkan sekitar 700 tahun dahulu pada zaman kesultanan Melayu Melaka, iaitu ketika pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Baginda sangat menitikberatkan falsafah dalam setiap perkara termasuk aturan berpakaian. Pada ketika itu, sultan mahukan orang Melayu mempunyai identiti dan jati diri sebagai bangsa Melayu, maka wujudnya baju Melayu ini.

Baju Melayu VS Kurta: Mana Satu Pilihan Anda
Baju Melayu VS Kurta: Mana Satu Pilihan Anda
Baju Melayu VS Kurta: Mana Satu Pilihan Anda

Pendapat lain pula mengatakan baju Melayu berasal daripada Nusantara dan berunsurkan ciri-ciri dari India, Arab, Cina dan Indonesia yang mempunyai keunikannya tersendiri dan menjadi cita rasa masyarakat Melayu.

Baju Melayu VS Kurta: Mana Satu Pilihan Anda
Baju Melayu VS Kurta: Mana Satu Pilihan Anda

Baju Melayu adalah pakaian tradisional Melayu untuk lelaki di Malaysia, Brunei, Singapura, sebahagian wilayah Indonesia, selatan Filipina dan selatan Thailand. Rekaan baju Melayu terdapat dalam dua jenis iaitu baju Melayu Teluk Belanga dan baju Melayu Cekak Musang. Baju Melayu kebiasaannya digunakan sebagai pakaian rasmi dalam upacara seperti majlis keramaian, kenduri kahwin dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, baju Melayu diketengahkan sebagai pakaian seragam seni mempertahankan diri seperti seni silat.

Baju Melayu VS Kurta: Mana Satu Pilihan Anda?

Rekaannya pula bukan sekadar untuk kelihatan bergaya, sebaliknya mempunyai falsafah dan maksud tersirat yang membawa pengaruh Islam yang sangat kuat dan sehingga kini menjadi kebanggaan kaum Melayu di Malaysia.

Kurta

Perkataan kurta diambil dari bahasa Urdu dan Hindi, namun ia terlebih dahulu berasal dari bahasa Persia yang merujuk kepada baju tanpa kolar.

Kurta adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi atau perayaan. Kini, kurta juga dipakai oleh kaum lelaki Muslim pada hari perayaan, untuk menghadiri keramaian atau majlis agama, menunaikan solat Jumaat atau pakaian ke pejabat.

Ada juga yang berpendapat kurta sebenarnya bukan sahaja dipakai dalam kalangan lelaki India bahkan turut dipakai oleh lelaki Bangladesh, Afghanistan, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka. Kemudian, mereka padankan pula dengan pajama, salwar, churidar dan dhotis.

Berbeza pula di Malaysia kerana lelaki Melayu akan memadankan pakaian baju kurta dengan seluar khakis, slack atau jeans dengan potongan slim atau skinny.

Kurta asli merupakan pakaian longgar yang mana panjang bahagian bawahnya boleh mencapai lutut. Oleh kerana kurta sudah menjadi satu trend di Malaysia, banyak kurta telah direka dan diolah ke arah lebih moden dan mengikut kehendak dan gaya lelaki terkini.

Baju Melayu VS Kurta: Mana Satu Pilihan Anda?

Rekaan kurta dikatakan lebih selesa dan simple. Potongan baju kurta terbahagi kepada dua jenis iaitu labuh dan moden (lebih dikenali sebagai slim fit).

Selain daripada jenis potongan, terdapat juga kurta yang mempunyai kolar dan corak tertentu. Lelaki pada masa kini lebih gemar memilih kurta moden.

Baju Melayu VS Kurta: Mana Satu Pilihan Anda?
Baju Melayu VS Kurta: Mana Satu Pilihan Anda

Kami di Bulan Bintang percaya, baju Melayu mahupun kurta kedua-duanya mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Tidak kisahlah yang mana satu pun menjadi pilihan, yang penting anda tahu tentang keistimewaan dan asal usul busana Melayu ini.

Untuk anda yang sedang mencari baju Melayu atau kurta untuk digayakan di pagi hari Raya nanti, jangan lupa untuk dapatkan koleksi #bajumelayufavourite dan #kurtafavourite di Bulan Bintang.

Anda boleh kunjungi Bulan Bintang di cawangan kedai fizikal kami iaitu di Bangi, Ukay Boulevard, Shah Alam, Johor Bahru, Kubang Kerian, Senawang, Kedah, Penang, Melaka, Kelantan dan Terengganu.

Anda juga boleh buat pembelian secara atas talian dengan menekan pautan di bawah ini.

 [Dapatkan Baju Melayu Dan Kurta Bulan Bintang Sekarang!]