Menyingkap Rahsia Kejayaan Empayar Bulan Bintang

Menggunakan tagline “tak ketat, tak sendat,” jenama Bulan Bintang kini semakin mendapat tempat di hati pelanggan. Visi utama Bulan Bintang adalah untuk mengekalkan keselesaan dan penampilan minimalis untuk baju Melayu, kurta serta baju kurung sambil mengekalkan keasliannya.

Matlamat Bulan Bintang pula adalah untuk menyediakan pelanggan dengan pelbagai jenis baju Melayu, kurta dan baju kurung yang terbaik sesuai dengan cita rasa lapisan masyarakat.

Di Bulan Bintang, kami mengutamakan kualiti yang pastinya membuatkan sesiapa sahaja yang memperagakan busana Bulan Bintang tampil lebih yakin dan istimewa.

Kejayaan di Bulan Bintang bermula secara sederhana pada tahun 2016 dengan menjual 300 helai kurta sebelum mengembangkan pengeluaran kepada 10,000 helai kurta dan baju Melayu pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2021, Bulan Bintang berjaya menjual 70,000 unit daripada 80,000 unit baju Melayu dan kurta sepanjang tempoh Aidilfitri dan Aidiladha.

Pelancaran pertama bagi koleksi baju raya wanita dan kanak-kanak merupakan satu kejayaan besar dan mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam pasaran. Bulan Bintang kemudiannya terus mengembangkan jenama dan produk dengan memperkenalkan koleksi baju pengantin ready-to-wear pada akhir tahun 2022.

Kejayaan Bulan Bintang tidak terhenti di situ. Tahun 2022 memberikan satu lagi kejayaan besar apabila Bulan Bintang telah berjaya mengembangkan rangkaian runcit ke lokasi baharu dengan cawangan di Bangi, Ukay Boulevard, Shah Alam, Johor Bahru, Kubang Kerian, Senawang dan tidak lama lagi akan dibuka cawangan di Melaka, Perda, Sg Petani, Alor Setar dan Kuala Terengganu.

Bulan Bintang mengamalkan strategi pemasaran unik dengan matlamat untuk menjadi inovatif dan berbeza selain menjadi trendsetter dan menetapkan standard baharu untuk jenama tempatan di Malaysia.

Ini termasuklah kempen-kempen yang berfokuskan produk dan kerjasama antara selebriti dan KOL. Bulan Bintang juga merupakan jenama tempatan pertama yang mempunyai papan iklan 3D anamorphic di hadapan KLCC.

Hanya dalam tempoh tiga tahun pengkomersialan, Bulan Bintang telah berkembang hebat bermula dari perniagaan pasar malam secara kecil-kecilan sehingga telah menjadi salah satu jenama kontemporari Muslim yang terkemuka di Malaysia. Bulan Bintang kini mempunyai rangkaian runcit yang kukuh serta jumlah pengguna yang besar, melalui pelbagai saluran jualan termasuk kedai runcit, laman web e-dagang, dan ekosistem ejen dan stokis.

Kami di Bulan Bintang teruja untuk teruskan perjalanan ini dan mencipta sejarah baru untuk tahun-tahun mendatang. Teruskan menyokong dan memilih Bulan Bintang sebagai jenama #bajumelayufavourite, #kurtafavourite dan #sistersfavourite anda!

[Dapatkan koleksi Bulan Bintang sekarang!]