Rahsia Penjagaan Baju Kurung Supaya Tahan Lama

Rahsia Penjagaan Baju Kurung Supaya Tahan Lama

Semua wanita pastinya memiliki banyak koleksi baju kurung untuk digayakan ke pelbagai jenis majlis. Setiap koleksi baju kurung yang didatangkan dengan rekaan dan fabrik berbeza memerlukan penjagaan teliti.

Berikut kami kongsikan lima rahsia penjagaan baju kurung untuk  tahan lebih lama dan tidak pudar walaupun telah  dibasuh  berulang kali. 

1. Elakkan membasuh menggunakan mesin basuh

Penggunaan mesin basuh boleh meregangkan fabrik lebih-lebih lagi apabila ia dibasuh dengan pakaian lain seperti t-shirt, jubah dan seluar jeans. Baju kurung juga boleh berubah warna jika dicampur bersama pakaian lain. Asingkan cucian mengikut warna seperti cerah dengan cerah dan gelap dengan gelap. 

Sekiranya anda ingin menggunakan mesin basuh, pilih delicate cycle dan jangan gunakan pengering.

2. Elakkan memerah kain dengan terlalu kasar/kuat

Bagi menjaga kualiti baju kurung dari cepat rosak, sebaiknya cuci baju kurung dengan menggunakan tangan. Jangan sental atau perah baju kurung dengan kuat kerana ia boleh menyebabkan benang pada fabrik terputus dan menyebabkan baju kurung rosak. Sekiranya terdapat kotoran pada baju, letak sabun pada tempat yang berkenaan dan gosok perlahan-lahan.  

3. Elakkan memberus bahagian lace

Rahsia Penjagaan Baju Kurung Supaya Tahan Lama

Lace adalah sejenis fabrik yang lembut dan sensitif. Koleksi baju kurung yang mempunyai lace digalakkan untuk dicuci secara cucian kering. Jangan berus dan masukkannya ke dalam mesin basuh.

4. Seterika dengan suhu yang sesuai

Rahsia Penjagaan Baju Kurung Supaya Tahan Lama

Pastikan suhu seterika pada suhu yang ideal. Lazimnya, cara seterika pakaian terletak pada simbol seterika yang tertera pada tag baju. Pastikan ia tidak terlalu panas mahupun terlalu rendah sehingga kedutan tidak hilang. Anda juga boleh gunakan semburan air bercampur pelembut untuk memudahkan lagi gosokan.

5. Simpan di tempat yang betul

Cara menyimpan baju kurung turut mempengaruhi fabrik untuk ia tahan lebih lama. Simpan koleksi baju kurung anda di tempat yang jauh dari sumber haba dan cahaya matahari kerana pendedahan pada cahaya matahari secara terus boleh merosakkan dan mengurangkan kualiti baju kurung itu sendiri.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu kita semua untuk menjaga kualiti baju kurung agar boleh tahan lebih lama. 

Jangan lepaskan peluang untuk lihat koleksi-koleksi baju kurung Bulan Bintang sempena Hari Raya 2023. Anda boleh kunjungi cawangan kedai fizikal kami iaitu di Bangi, Ukay Boulevard, Shah Alam, Johor Bahru, Kubang Kerian, Senawang, Kedah, Penang, Melaka, Kelantan dan Terengganu.

Anda juga boleh klik pautan di bawah untuk lihat koleksi penuh.

 [Saya Nak Lihat Koleksi Penuh Baju Kurung Bulan Bintang!]