Sambutan Aidilfitri Di Seluruh Dunia

Sambutan Aidilfitri Di Seluruh Dunia

Hari Raya Aidilfitri disambut oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan. Ia diraikan dengan penuh kemeriahan mengikut tradisi dan budaya yang berbeza-beza di setiap negara.

Jom kami kongsikan cara sambutan Aidilfitri di 5 buah negara di seluruh dunia. 

1. Indonesia

Sambutan Aidilfitri Di Seluruh Dunia

Di Indonesia, sambutan Hari Raya Aidilfitri dikenali sebagai Hari Raya Idul Fitri atau juga dipanggil sebagai Lebaran. Di negara ini, istilah balik kampung dikenali sebagai ‘mudik’. Mereka akan menikmati juadah seperti ketupat, opor ayam (ayam masak santan), rendang, sambal goreng ati (hidangan pedas dengan hati dan kentang), sayur lodeh dan lemang (sumber).

Umat Islam Indonesia juga mengamalkan tradisi unik yang dipanggil ‘Halalbihalal’ yang bermaksud aktiviti silaturahim dan saling bermaafan (sumber). Tradisi ini akan dijalankan di pejabat, sekolah diikuti dengan jamuan makan beramai-ramai. 

Bagi masyarakat Indonesia di Jawa, sambutan Hari Raya dikenali sebagai ‘Riyaya’ iaitu ritual atau pesta. Semua golongan dalam masyarakat seperti abangan (petani), santri (penduduk kampung) dan priyayi (pedagang) akan berkumpul dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Menu penting masyarakat Jawa di pagi lebaran ialah ketupat bersama dengan Ayam Ungkep.

Di Yogyakarta pula, mereka akan mengadakan tradisi unik iaitu ‘Grebeg Syawal’. Dalam tradisi ini, Sultan Yogyakarta akan memberikan sedekah kepada orang ramai melalui perarakan atau upacara besar yang dipanggil ‘Numplak Wajik’ (sumber).

2. Arab Saudi

Sambutan Aidilfitri Di Seluruh Dunia

Aidilfitri di negara ini hanya disambut selama sehari sahaja, iaitu pada 1 Syawal. Lazimnya, mereka akan menyambutnya pada waktu tengah hari atau malam dengan pulang ke kampung halaman belah lelaki. 

Bagi para lelaki, mereka akan memakai pakaian baru iaitu baju cotton putih paras buku lali yang dikenali sebagai ‘thawb’ dan penutup kepala dipanggil keffiyeh. Manakala bagi wanita pula, mereka akan bertudung atau berniqab dan memakai jubah hitam panjang yang dikenali sebagai abaya.

Sambutan Aidilfitri Di Seluruh Dunia

Hidangan popular yang dihidangkan ialah Kabsa, iaitu hidangan yang terdiri daripada nasi, campuran rempah ratus dan dihidangkan bersama daging rebus atau kambing panggang. Hidangan ini akan turut diberikan kepada fakir miskin bagi meneruskan semangat Ramadan (sumber).

3. Turki

Sambutan Aidilfitri Di Seluruh Dunia

Sambutan Hari Raya di negara ini terkenal dengan gelaran ‘Seker Bayrami’ iaitu festival manisan yang disambut selama tiga hari. Seperti di Malaysia, mereka juga akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama kaum keluarga. Hidangan tradisi mereka ialah Baklava (manisan yang berinti kacang), Kunefe (pencuci mulut keju) dan juga Kofta (bebola daging). 

Sambutan Aidilfitri Di Seluruh Dunia

4. China

Sambutan Aidilfitri Di Seluruh Dunia

Huizu (orang Hui) adalah kumpulan etnik utama penganut Islam yang berbahasa Cina. Di wilayah Barat Laut China, khususnya Xinjiang, sambutan Hari Raya Aidilfitri dipandang tinggi kerana masyarakat di sini meraikan cuti umum selama tiga hari. Orang Hui di wilayah Gansu, Qinghai, dan Yunnan China Barat memanggil sambutan Hari Raya sebagai ‘Da Erde’ manakala orang di bahagian selatan Ningxia memanggilnya ‘Xiao Erde’ (sumber).

Pada pagi Hari Raya, mereka akan berkumpul bersama-sama untuk menjamu selera. Kemudian, mereka akan solat berjemaah, membaca Al-Quran dan membersihkan kubur. Terdapat juga sesetengah masyarakat China yang akan melawat makam Sayyid ‘Ajjal, iaitu gabenor wilayah Yunnan pertama yang beragama Islam.  

Sambutan Aidilfitri Di Seluruh Dunia

Juadah wajib mereka ialah You Xiang, doh goreng yang hanya boleh dibuat oleh ahli keluarga yang lebih tua dan mesti dibacakan Tasmiyah (ayat suci Islam) terlebih dahulu.

5. India

Sambutan Aidilfitri Di Seluruh Dunia

Pada malam Hari Raya, golongan wanita di negara ini akan memakai mehndi (inai) tradisional pada tangan dan kaki mereka serta gelang berwarna-warni. Pada pagi Hari Raya pula, masyarakat di sini akan memberi Zakat Fitri iaitu derma kepada orang yang kurang berkemampuan.

Sambutan Aidilfitri Di Seluruh Dunia

Lazimnya, umat Islam di India akan menunaikan solat Hari Raya di Masjid Jama, masjid besar yang menjadi pusat berkumpul di New Delhi. Hidangan wajib bagi masyarakat di sini ialah Siwaiyan (campuran mihun manis yang disajikan dengan susu dan buah-buahan kering), Saviyan (puding susu manis dengan kurma), Ras Malai (kek keju) dan Kibbeh (bebola daging yang diperbuat daripada daging lembu atau kambing).

Semoga perkongsian kali ini memberi ilmu dan pengetahuan baru untuk anda.