Saban tahun setiap kali tibanya Hari Raya, ibu bapa pastinya tidak sabar untuk memilih outfit yang akan digayakan anak-anak. Dengan pelbagai jenis rekaan dan warna di pasaran, ibu bapa pasti jadi rambang mata untuk membuat pilihan. Namun, keselesaan baju harus dititikberatkan juga.
Dalam artikel ini, kami kongsikan 4 tips beli baju raya si cilik untuk panduan semua ibu bapa!
1. Pilih Ukuran Baju Yang Sesuai
Baju yang dipilih perlulah sesuai dengan saiz dan bentuk badan anak-anak. Pastikan baju tidak terlalu ketat atau terlalu longgar kerana lazimnya si cilik akan membesar dengan cepat dan ukuran badan mereka akan berubah-ubah.
Pilihan saiz baju kanak-kanak didatangkan dalam bentuk pilihan umur. Untuk mendapatkan ukuran yang tepat, anda perlu ukur bahagian bahu, dada, pinggang dan labuh baju serta kain. Di Bulan Bintang, kami menyediakan koleksi baju raya kanak-kanak lelaki dan perempuan bermula dari umur 0 hingga 13 tahun.
2. Pemilihan Warna Pakaian
Selain itu, sudah menjadi satu kewajiban bagi keluarga untuk menggayakan baju raya dengan rona yang sama untuk kelihatan sedondon. Antara tema warna yang sesuai bagi kanak-kanak adalah warna yang terang dan ceria seperti warna baby blue, ungu, merah jambu dan hijau.
Ini kerana, setiap warna, corak dan fabrik yang digayakan memberi kesan emosi kepada anak-anak anda. Emosi mereka akan lebih ceria di pagi raya nanti apabila menggayakan pakaian yang berwarna terang dan tidak panas. Sekiranya memilih baju yang bercorak, pilih corak baju yang tidak melebihi dari tiga warna.
3. Jenis Fabrik Yang Digunakan
Pemilihan fabrik juga merupakan kriteria penting sebelum membeli baju raya kerana sicilik pastinya akan bergerak aktif dan ingin berasa selasa sepanjang hari.
Oleh itu, ibu bapa perlu bijak memilih fabrik baju raya yang tahan lasak dan tidak panas serta selesa. Ini kerana sesetengah jenis fabrik boleh menyebabkan kesan alergik dan ruam. Contoh fabrik yang bersesuaian adalah seperti cotton, linen dan satin.
4. Jenis Rekaan Baju
Elakkan perincian sarat yang boleh menyebabkan kain terkoyak akibat pergerakan lasak anak-anak. Pemilihan rekaan yang minimalis dan jenis baju yang mudah dipakai seperti hidden zipper dan getah di pinggang akan memudahkan proses pemakaian baju si cilik.
Semoga dengan tips ini akan memudahkan para ibu bapa di luar sana untuk mendapatkan koleksi baju raya untuk anak-anak. Untuk lebih mudah, anda boleh berkunjung ke kedai fizikal kami yang bertempat di Bangi, Ukay Boulevard, Shah Alam, Johor Bahru, Kubang Kerian, Senawang, Kedah, Penang, Melaka, Kelantan dan Terengganu untuk mendapatkan koleksi baju raya sedondon seisi keluarga.
Anda juga boleh buat pembelian secara atas talian dengan menekan link di bawah.