Baju Melayu: Sejarah Cekak Musang & Teluk Belanga

Baju Melayu: Sejarah Cekak Musang & Teluk Belanga

Baju Melayu Cekak Musang dan Teluk Belanga seringkali menjadi pilihan para jejaka untuk digayakan ke majlis-majlis rasmi selain menjelangnya Aidilfitri. Tahukah anda, ada sejarah di sebalik busana tradisional kaum lelaki ini? 

Cekak Musang

Sejarah permulaan baju Cekak Musang adalah di Teluk Belanga, Singapura. Dahulu, ia merupakan corak baju Melayu yang disebut sebagai ‘baju Wan’. Ia digelar sedemikian sempena nama seorang penduduk Teluk Belanga iaitu Haji Wan Othman.

Pada suatu hari, Haji Wan Othman memakai baju Cekak Musang ketika menghadap raja. Setelah melihat keunikan baju Cekak Musang yang dilengkapi dengan beberapa butang yang diperbuat daripada emas dan permata, raja terus jatuh hati dengan baju tersebut. Sejak itu, baju Cekak Musang menjadi pakaian bagi anak-anak raja dan orang-orang besar dalam istiadat istana di Johor.

Baju Melayu: Sejarah Cekak Musang & Teluk Belanga

Istilah ‘Cekak Musang’ merujuk kepada pola lingkaran leher baju iaitu mempunyai kolar cekak yang tinggi yang melingkari leher. Baju Melayu Cekak Musang mempunyai 5 butir butang di bahagian leher yang merujuk kepada 5 rukun Islam.

Baju Melayu: Sejarah Cekak Musang & Teluk Belanga

Bulan Bintang menyediakan 2 jenis potongan Baju Melayu Cekak Musang iaitu slim fit dan tailored fit yang didatangkan dengan lebih daripada 70 pilihan warna dari warna soft hingga bold. Perbezaan antara kedua-dua potongan ini adalah pada design baju. Bagi ukuran baju melayu slim fit, ia direka mengikut bentuk badan dan tanpa pesak, manakala baju melayu tailored fit pula didatangkan dengan pesak di bahagian sisi baju.

Baju Melayu: Sejarah Cekak Musang & Teluk Belanga

Baju Melayu slim fit tanpa pesak

Baju Melayu: Sejarah Cekak Musang & Teluk Belanga

Baju Melayu tailored fit dengan pesak

Teluk Belanga

Pada zaman dahulu, baju Teluk Belanga boleh dipakai oleh lelaki mahupun perempuan. Nama ‘Teluk Belanga’ diambil sempena nama kawasan kediaman Temenggung Johor di daerah Teluk Belanga, Singapura yang kini lebih dikenali sebagai Harbour Front. Pada awal kemunculan baju Teluk Belanga, labuh baju bagi lelaki adalah di bawah paras pinggang selain mempunyai 2 poket manakala bagi wanita, ia haruslah melebihi paras lutut dan tidak mempunyai poket. 

Namun, perincian baju teluk belanga ini telah diubah ketika zaman pemerintahan Sultan Ibrahim ibni Abu Bakar. Labuh bagi lelaki adalah pada paras pinggang manakala bagi perempuan adalah pada paras lutut dan terdapat 1 poket pada baju perempuan.

Baju Melayu: Sejarah Cekak Musang & Teluk Belanga

Bulan Bintang baru sahaja melancarkan koleksi terbaru, baju Melayu Teluk Belanga yang didatangkan dengan 25 pilihan warna bermula dari saiz XS hingga 5XL! Penggunaan fabrik 100% cotton serta perincian butang kayu pastinya akan menjanjikan kualiti terbaik buat si pemakai!

Secara ringkasnya, tidak kira Baju Melayu Cekak Musang atau Baju Melayu Teluk Belanga yang menjadi pilihan anda, pastikan ia digayakan dengan betul dengan mengekalkan imej busana melayu tradisional.

Anda boleh dapatkan koleksi Baju Melayu Bulan Bintang 2023 daripada ejen yang sah atau di butik rasmi Bulan Bintang di seluruh Malaysia. Cawangan butik kami bertempat di Bangi, Ukay Boulevard, Shah Alam, Johor Bahru, Kubang Kerian, Senawang, Kedah, Penang, Melaka, Kelantan dan Terengganu.

Anda juga boleh buat pembelian secara atas talian dengan menekan link di bawah.

[Saya Nak Beli Baju Melayu Bulan Bintang 2023 Sekarang!]