Setiap kali menjelang Ramadan, pastinya majoriti masyarakat Islam di Malaysia akan berkumpul dan berbuka puasa bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan. Salah satu tempat yang sering dijadikan lokasi untuk berbuka puasa adalah di hotel dan restoran-restoran yang menawarkan pakej bufet yang menarik. Bagi sesetengah individu, Ramadan merupakan bulan untuk merasa semua jenis bufet yang ditawarkan manakala […]
Tag Archives: Ramadan
Salah satu peristiwa agung dalam sejarah umat Islam adalah turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Allah yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW. ‘Nuzul’ bermaksud turun, manakala ‘Al-Quran’ bermaksud sebuah kitab suci Allah, mukjizat yang paling agung dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW. Lima ayat pertama yang diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril adalah daripada surah Al-’Alaq. […]
Pasti ada segelintir daripada anda yang malas untuk bangun bersahur kerana perlu menyediakan makanan di awal pagi. Menurut Al-Imam al-Nawawi, bersahur itu sunat dan digalakkan, dan ia tidak wajib, namun pada zahirnya, terdapat keberkatan dalam sahur itu. Antara sebab-sebab kenapa disunatkan untuk bersahur adalah: 1. Sahur adalah sunnah Nabi SAW Rasulullah sangat menggalakkan umat Islam […]
Bulan Ramadan adalah bulan istimewa bagi seluruh umat Islam untuk merebut peluang serta bermuhasabah diri menjadi seorang manusia yang lebih baik. Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang ketiga dan ia bukan hanya dipraktikkan oleh agama Islam sahaja, malah turut diamalkan oleh agama lain di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Konsep puasa adalah sebagai […]
Tempoh berpuasa pada bulan Ramadan untuk lebih daripada 1.8 billion umat Islam di seluruh dunia adalah berbeza, bergantung pada lokasi dan masa dalam setahun. Lazimnya ia antara 11 hingga 21 jam. Ini kerana tempoh berpuasa di negara-negara yang terletak berhampiran garisan khatulistiwa adalah lebih singkat manakala negara-negara yang jauh dari garisan ini akan berpuasa lebih […]
Rasulullah SAW pernah menenangkan Aisyah RA sewaktu beliau menangis kerana kedatangan haid dan tidak dapat mengerjakan ibadah haji wida’. Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya perkara ini (haid) adalah ketentuan ALLAH SWT ke atas wanita.” (Hadis Riwayat Bukhari) Ingat, jangan berasa rugi mahupun sedih kerana ia bukan penghalang untuk para wanita tidak dapat melakukan amal ibadah. Begitu […]
Ramadan merupakan bulan yang paling dinantikan oleh semua muslimin dan muslimat kerana terdapat pelbagai ganjaran yang Allah SWT berikan. Salah satunya, bulan pengampunan di mana Allah membuka luas pintu keampunan kepada hambaNya dan antara amalan yang dikejar sewaktu bulan Ramadan adalah berdoa. Doa orang yang berpuasa adalah mustajab dan tidak akan ditolak. Berdasarkan hadis daripada […]
Ramadan adalah bulan diwajibkan puasa ke atas umat Islam di seluruh dunia. Ia disambut pada bulan kesembilan dalam kalender Islam dalam tempoh sebulan. Bagi melengkapkan rukun Islam ketiga ini, setiap umat Islam yang berkemampuan diwajibkan untuk berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Di Malaysia, bazar Ramadhan merupakan antara aktiviti dan daya penarik dalam kalangan […]
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum menjelang bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Di bulan ini juga Allah menjanjikan pelbagai ganjaran, keampunan dan kerahmatan yang sangat besar kepada umat Islam. Bersempena kedatangan bulan Ramadan ini, pastinya semua umat Islam teruja dan berlumba-lumba untuk mempertingkatkan amal ibadah. Jadi, apakah persediaan Ramadan anda untuk […]